» » Isu tidak makan sembelihan orang UMNO masih ada...



Berbalik kepada pendedahan yang dibuat oleh ahli PAS yang keluar parti PAS berkenaan isu mengkafirkan orang UMNO.

Sebenarnya perkara tersebut sememangnya berlaku dan masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Kelantan malah berlaku juga di Terengganu dan mungkin juga berlaku di tempat-tempat lain di Malaysia ini.

Sebagai contoh 2 minggu lepas seorang penduduk kampung di kampung halaman saya telah mengadakan kenduri kesyukuran dengan mengorbankan dua ekor lembu. Beliau merupakan orang kaya baru hasil daripada kenaikan harga getah.

Seperti biasa beliau ini akan menjemput orang kampung tidak kira fahaman politik untuk bertamu ke rumahnya untuk menghadiri kenduri kesyukuran tersebut. Hendak dijadikan cerita beliau telah menjemput seorang penduduk kampung sebelah yang merupakan seorang ahli PAS yang bergelar USTAZ dikalangan anggotanya.

Satu peristiwa yang amat mengejutkan tuan rumah tersebut ialah apabila beliau mengajak "ustaz" tersebut ke rumahnya "ustaz" tersebut boleh bertanya siapa yang akan sembelih lembu tersebut. Maka beliau menjawab, Insya Allah akan disempurnakan oleh seorang Imam di masjid.

Oleh kerana Imam tersebut dilabelkan sebagai orang UMNO maka "ustaz" tersebut menyuruh tuan rumah terbabit supaya menyuruh seorang PAS yang bernama X (bukan nama sebenar) untuk menyembelih lembu berkenaan. Kalau di kampung ini memang sudah diketahuilah siapa orang PAS yang bernama X tersebut.

Jika dibuat perbandingan tuan Imam dengan lelaki X terbabit memang jauh lebih baik tuan Imam tersebut.

"Ustaz" tersebut kata nanti kalau suruh tuan Imam tersebut sembelih lembu-lembu itu takut tak habis makanan nanti. Tuan rumah itu dengan selamba menjawab, lebih baik tak habis daripada tak cukup.

Alangkah terkejutnya apabila perkara sedemikian diceritalan kepada kami. Betapa hinanya pandangan orang PAS terhadap orang-orang yang menyokong UMNO ini. Sungguh memalukan peristiwa yang berlaku ini seorang yang bergelar "ustaz" boleh dengan mudah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa dalam perjuangan sempit PAS. Subhanallah...

Mereka yang bertanggungjawab mengembangkan fahaman yang menyesatkan ini sehingga boleh menggugat persefahaman dan keharmonian sesebuah masyarakat amat dikesali.

Islam menggesa supaya mengukuhkan perpaduan bukannya menanam bibit-bibit kebencian dan seterusnya menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

"Berani kerana benar dan renung-renungkan dan selamat beramal..."

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply