» » » » PANAS: CILAKA ini DAP...!!!


DAP sengaja tuduh BN untuk dapat undi Cina!

Tindakan DAP menuduh Barisan Nasional (BN) tidak membela nasib masyarakat Cina bertujuan mewujudkan sentimen perkauman semata-mata bagi mendapatkan undi kaum tersebut.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, DAP turut mempergunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk membawa sistem dua parti iaitu untuk Cina dan bukan Cina bagi memecah-belahkan undi Melayu.

"Dalam hal ini, saya lihat konsep dua parti yang cuba dibawa oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 telah berjaya apabila ramai pengundi Cina menolak BN.

"Di Sarawak, DAP melabelkan BN sebagai parti yang tidak membela nasib orang Cina. Ini merupakan taktik mereka untuk menarik undi kaum itu secara total dan pada masa sama mereka juga menggunakan PKR serta Pas untuk memecahkan undi Melayu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Anuar, isu utama pengundi Cina di Sarawak tidak memilih BN bukan kerana trend atau pola pengundian, tetapi ia kesan tindakan DAP membakar semangat perkauman serta kebencian kaum lain terhadap BN.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply