» » PANAS dr Sarawak: Solat 2 Imam???







Seperti yang berlaku di Surau Kampung Hulu, Sebuyau

Setelah menerima lampu hijau untuk bertanding di 5 kerusi DUN, iaitu di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu, PAS telah menggiatkan aktiviti kempennya walaupun penamaan calon belum diadakan. Menjadi kelaziman PAS mahupun PKR dan DAP, dalam mana-mana pilihan raya merekalah yang paling dahulu memulakan kempen. Keadaan inilah yang berlaku di Sarawak ketika ini menjelang penamaan calon Pilihan Raya DUN Sarawak pada 6 April ini.

Mencetuskan peristiwa, PAS yang akan bertanding menentang BN-PBB di DUN Sebuyau telah mula menggerakkan jentera pilihan raya. Selain rakyat tempatan, ramai ahli PAS di Semenanjung juga telah datang berkampung di Sarawak bagi membantu calon PAS. Dalam kesibukan berkampung, amalan PAS di mana-mana tempat menjadi perhatian penduduk tempatan khususnya dalam menunaikan solat di surau.

Pada ketika penduduk tempatan menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau Kampung Hulu, Sebuyau, sekumpulan ahli-ahli PAS yang bersemangat untuk berkempen lebih rela menunggu di belakang jemaah tempatan yang sedang khusyuk berjemaah Isyak. Ketika menunggu dan mundar mandir di bahagian belakang jemaah, mereka ini (ahli-ahli PAS) membuat bising dan bercakap seperti tiada orang di sekeliling mereka. Menjadi persoalan, apakah mereka ini tidak mempunyai adab dan budaya ketika jemaah lain sedang bersolat dan mereka ini pula yang alim kononnya sanggup membuat bising sehingga menganggu jemaah lain yang sedang bersolat?

Sebaik saja jemaah penduduk tempatan selesai bersolat dan bersalaman, mereka terus bergerak ke hadapan dan terus bersolat dalam kumpulan mereka. Perbuatan ini telah mengundang sejuta persoalan kepada penduduk tempatan, kenapakah mereka (ahli PAS) sanggup membuat perkara sebegitu?

Menurut penduduk, belum pernah dalam sejarah kampung perkara sebgini berlaku di kampung mereka. Perbuatan sebegini seolah-olah masyarakat Melayu berpecah belah disebabkan ideologi politik. Apakah disebabkan kebanyakan penduduk kampung yang berjemaah itu merupakan penyokong dan ahli-ahli BN, maka mereka ini tidak mahu solat berjemaah bersama-sama?

Andai perbuatan ini merupakan solat jamak bagi kumpulan PAS yang baru datang dari Semenanjung, tidak masuk akal kerana tingkahlaku dan kejadian itu berlaku setiap hari. Perbuatan itu sedikit sebanyak membuatkan penduduk tempatan apakah ajaran Islam yang dibawa PAS yang berselindung disebalik memperjuangkan Islam?

Bagi penduduk tempatan Sebuyau, perbuatan ini tidak sewajarnya wujud di Sarawak memandangkan mereka sebelum ini tidak pernah menghadapi perkara sedemikian. Kedatangan PAS di Sarawak bukan sahaja mahu mendapatkan kuasa politik, sebaliknya mahu memecahbelahkan penduduk Islam di Sarawak seperti mana yang mereka lakukan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Sumber: http://cetusankenyalang.blogspot.com/#ixzz1IHOpyc00

PSSSTTT:

PAS adalah punca orang Melayu Islam berpecah-belah. Kalau benar laporan diatas... Ini bukan caranya mahu berdakwah... Tak tahu menghormati tuan rumah... Seolah-olah Islam itu hanya dia yang punya... Insaflah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply