» » » PAS hanya boneka...

PM: Kerjasama Pas-Dap Hanya Untungkan Dap


KUALA TERENGGANU, 30 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.
Perdana Menteri berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti UMNO”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP.
“PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Perdana Menteri berkata pakatan pembangkang yang disertai PAS selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik.
“PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam pakatan pembangkang, sama ada dia nak bergabung dengan kita (Barisan Nasional), itu soal lain.
“Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP,” katanya.
Najib berkata DAP selama ini dilihat mendominasi pakatan pembangkang.
“Kita tengok dalam banyak isu DAP akan tentang kalau itu (sesuatu perkara atau isu) dianggap sebagai yang tidak boleh diterima berdasarkan ideologi DAP…mereka (PAS dan DAP) mungkin tidak dapat kata sepakat dalam isu-isu utama.”
Perdana Menteri berkata sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan.
Ditanya usaha perpaduan yang pernah dibincangkan sebelum ini antara Umno dan PAS, Perdana Menteri berkata: “Perkara itu boleh, (tapi) kita tak boleh nak menjangkakan sesuatu, tapi saya nak sebutkan (dalam) pakatan rakyat sekarang ni cuma menguntungkan DAP sahaja.
sumber: umno-online

Berita Bertarikh 30 April 2011 Pada 6:59 PM

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply