» » » PAS sekadar pak turut...


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berang dengan pendirian PAS untuk mengkaji semula masa depan parti itu bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Tindakan Azmin itu telah menyebabkan  Mustafa Ali terpaksa menafikan kenyataannya, sedangkan semua akhbar termasuk portal berita prope,bangkang sendiri iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider turut melaporkan berita tersebut.

Perkara ini telah menjelaskan bahwa PAS bukanlah parti yang menjadi bos dalam pakatan. PAS sebenarnya sekadar menjadi pak turut sahaja dimana jarang idea dan suara PAS diambil kira dalam proses membuat keputusan dalam pakatan.

PAS berangan-angan ingin menggantikan UMNO sebagaimana yang dilaungkan melalui slogan PAS Ganti UMNO tetapi sejauh manakah kebenaran slogan tersebut. Jika dilihat secara realitinya UMNO merupakan sebuah parti yang dominan dalam BN dan merupakan parti yang paling banyak menyumbang kepada kerusi BN dalam Parlimen. Berbeza dengan PAS yang hanya menduduki carta tempat ke 3 daripada tiga parti dalam pakatan pembangkang. PAS hanya menjadi parti minoroti dalam pakatan.

Jadi dimanakah rasionalnya slogan tersebut. Hakikatnya dalam pakatan parti yang dominan adalah DAP yang mempunyai kerusi majoriti dalam Parlimen dan diantara parti dalam pakatan DAP juga yang mempunyai kerusi terbanyak. Jadi di manakah kedudukan PAS dalam pakatan.

Walaupun dalam beberapa PRK contohnya di Bukit Gantang, PAS boleh dikatakan menang besar tetapi adakah PAS sedar bahawa kebanyakan undi yang menyumbang kepada kemenangan PAS adalah undi kaum Cina yang sedang mula ingin bermain api rasisme. Kaum Cina sedang dibuai dengan janji-janji manis DAP chauvinis dan rasisme.

Sampai bila PAS ingin berlindung disebalik bayangan DAP dan PKR.  PAS sendiri secara realiti tiada kekuatan dalam memimpin sebuah kerajaan negeri apatah lagi ingin mentadbir sebuah negara. 

PAS harus sedar bahawa mereka sedang digunakan secara maksimum oleh DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu sedangkan kini kaum Cina DAP sedang memperkukuhkan kedudukan untuk merampas tampuk pemerintahan negara daripada orang Melayu.

PAS harus sedar bahawa PAS hari ini sanggup menggadaikan prinsip dan maruah perjuangan partinya demi untuk tamakkan kuasa. Sanggup menghambakan diri kepada musuh yang nyata demi hasad dan dengki kepada saudara seagama dan seketurunan demi membolot kuasa yang tinggal secebis cuma.

Kepada penyokong PAS sedarlah dari lamunan bahawa bangsa lain sedang memperkudakan kamu demi untuk melihat bangsa Melayu terus bermusuh. Jangan jadi ibarat kata pepatah menang sorak kampung tergadai. 

ketahuilah bahawa kebenaran akan pasti muncul jua tapi jangan menyesal jika kebenaran itu muncul setelah diri bergelar pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara. 

Sesungguhnya Bangsa Melayu itu Bangsa bermaruah... 

Wallahu A'lam...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply