Jom kongsi sedikit info dari Sarawak...
KUCHING, 7 April – Masyarakat Sarawak khususnya para pengundi yang akan menjalankan tanggungjawabnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April ini diseru untuk terus menyokong Barisan Nasional (BN) tanpa menghiraukan manipulasi dan putar belit pakatan pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Katanya,untuk apa kita menyokong parti yang kian rebah sedangkan ahli-ahli di dalamnya sendiri telah bertindak keluar atas alasan sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.
“Jangan sokong parti yang rebah dan jangan beri kepercayaan pada pemimpin yang khianat bukan saja kepada agama dan bangsanya tetapi juga kepada negaranya sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Perpaduan Pusat Khidmat Sosial Setempat KRT RPR Batu Kawa.
Jelasnya, masyarakat Sarawak tidak perlu terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang apatah lagi termakan dengan hasutan dan putar belit mereka.
“Untuk apa kita mahu memilih wakil rakyat pembangkang sedangkan realitinya mereka gagal membantu apatah lagi untuk memberikan sumbangan dalam bentuk pembangunan.
“Kerajaan yang selama ini ditunjangi oleh BN dengan persefahaman empat parti dalam kompenannya lah yang selama ini bertungkus-lumus membawa kemajuan, menyediakan pelbagai kemudahan, jalan raya, sekolah, dewan dan macam-macam lagi untuk rakyat,” tegasnya.
Dalam hal ini, beliau mengakui bahawa dirinya menjadi ‘saksi’ dalam melihat perubahan dan pembangunan yang berlaku di Sarawak.
“Isteri saya adalah orang Petra Jaya dan saya sudah berkahwin 25 tahun, bermakna sudah suku abad saya berulang-alik antara Semenanjung dan Sarawak dengan melihat sendiri bagaimana peribahan-perubahan yang berlaku di negeri ini sepanjang tempoh itu,” katanya.
Ujar beliau lagi, sebagai sebuah negari yang besarnya sama dengan Semenanjung, ditambah pula dengan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang maka tentunya bukan mudah untuk membangunkan keseluruhan dalam jangka masa yang singkat tanpa adanya perancangan.
“Namun itu semua telah dibuktikan oleh BN dan kita hari ini melihat sendiri bagaimana hasilnya bahawa dengan pelaksanaan teratur dan mantap maka tiada yang mustahil,” katanya.
Tambah beliau lagi, selaras dengan itu, rakyat perlu terus memberikan sokongan kepada BN agar perancangan seterusnya dan kelangsungan pembangunan dapat dilakukan. – 1sarawak
No comments: