» »Unlabelled » Anwar: Berdrama kini di Setiap Lokasi

KUALA LUMPUR 17 Mei - Rakyat digesa supaya tidak mudah tertipu dengan 'drama' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menafikan dakwaan penglibatannya dalam kes liwat dan perlakuan seks haram.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad berkata, sepanjang siri jelajahnya itu, Anwar akan membawa ahli keluarganya termasuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi mencetuskan emosi simpati rakyat terhadapnya.

Menurut beliau, Anwar juga bertindak dangkal apabila mudah meletakkan segala yang berlaku terhadapnya termasuk dakwaan penglibatan dalam rakaman video aksi seks adalah hasil kerja UMNO.
"Seperkara lain, Anwar kini dilihat sudah mula mencetuskan kembali gerakan reformasi dan mengheret rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

"Bibit-bibit itu sudah ada dan buktinya hari ini apabila sebilangan penyokongnya berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta sambil melaungkan reformasi serta provokasi.

"Saya dahulu pernah terpengaruh dengan reformasi yang dilaungkan Anwar. Tetapi itu dahulu dan selepas mendapat petunjuk, saya tinggalkan PKR pada 2000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Dalam keputusan mahkamah semalam, Anwar diperintahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia berkata, atas segala yang berlaku dan dilakukan Anwar sebelum ini, rakyat perlu sedar siapa lelaki itu sebenarnya.
"Saya sendiri telah nampak kebenaran itu di hadapan mata sendiri," jelasnya.
Ditanya tentang dakwaan bahawa kebanyakan bekas pemimpin PKR ditawarkan sejumlah wang oleh UMNO untuk meninggalkan parti itu, katanya, itu hanyalah permainan pembangkang.

"Dengan nama Allah, saya tidak dapat walau satu sen pun daripada mana-mana pihak. Saya sendiri dengan rela hati keluar PKR," tambahnya.

: utusan

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. KDN mesti bijak dalam menangani ceramah2 anwar nih... kena pro-aktif... lambat laun kalau tak diatasi oleh KDN, ia akan menjadi virus yang boleh merosakkan negara..

    ReplyDelete