» » » » » » » PANAS: Jangan bermain dengan api...!!!

Sejak kebelakangan ini nampaknya DAP sudah semakin berani untuk bermain dengan api perkauman dan keagamaan. Kelmarin 1 Malaysia telah digegarkan dengan berita yang menyatakan DAP telah menganjurkan majlis perjumpaan dengan paderi-paderi seluruh negara dengan meluluskan beberapa resolusi iaitu:

1) Ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan.
2) Ingin melantik penganut kristian sebagai Perdana Menteri.

MP Jeff Ooi (DAP) dikatakan telah menganjurkan majlis tersebut. Majlis yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang itu menampakkan tembelang sebenar DAP di sebalik apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini. Mereka sudah berani untuk menyerang perlembangaan yang telah menyatakan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

DAP semakin berani meniupkan api perkauman, bermain dengan isu agama apabila musuh utamanya sebelum ini sebelum wujudnya pakatan iaitu PAS sudah menjadi kawan semata-mata untuk melawan BN. DAP yang sebelum ini berapi-api menolak penubuhan negara Islam boleh berkawan dengan PAS yang dulunya melabelkan dirinya sebagai parti Islam.

Tapi oleh kerana dendam kesumat dan gilakan kuasa maka dua parti yang jelas berbeza ideologinya boleh bersatu.

Apa komen dan ulasan pimpinan PAS dalam isu kritianiti di atas. Adakah PAS menyokong tindakan DAP tersebut. Saya difahamkan sehingga ke hari ini PAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut. PAS semenjak berada dalam pakatan segala perkara yang dulunya haram kini sudah halal sebab melibatkan mereka. Segala perkara yang dilakukan oleh DAP walaupun jelas bertentangan dengan Islam, PAS tetap menyokong.

Di manakah letaknya prinsip dan maruah perjuangan sebuah parti yang ingin menjadi jaguh kepada bangsa Melayu ini. PAS berangan ingin menggantikan UMNO dalam PRU 13 tetapi di manakah rasionalnya tatkala DAP secara realitinya sedang menggantikan PAS.

DAP sedang bermain dengan api yang boleh membakar dan memusnahkan keamanan dan kestabilan negara. Manakala PAS pula menjadi pendokong kepada DAP disamping PKR. Jika kita terus menyokong PAS dan PKR seolah-oleh kita menyokong usaha DAP untuk menjatuhkan martabat Islam dan Melayu itu sendiri.

Sedarlah wahai anak bangsaku sebelum nasi menjadi bubur. Ketahuilah untuk mencapai kemerdekaan sehingga di tahap apa yang kita ada hari ini bukannya mudah. Untuk mempertahankan apa yang kita ada hari ini lebih sukar dan berliku apabila ada pengkhianat dari bangsa kita sendiri.

Marilah bersama-sama kita berjuang untuk mempertahankan hak dan maruah agama, bangsa dan tanah air kita yang tercinta.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply