» » » » » » Rakyat Malaysia tolak politik Perkauman...!!!



Baru-baru ini rakyat Pulau Pinang telah bangkit dan menyatakan kekecewaan terhadap sikap Lim Guan Eng DAP dan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu. 

Kedua-dua pemimpin DAP itu seolah-olah lepas tangan di dalam isu terbaru tindakan MPPP mengarahkan peniaga Melayu mengosongkan premis mereka di Jalan Batu Feringgi.

Dan untuk menunjukkan kekecewaan mereka, gambar pemimpin DAP cauvinis itu telah dibakar dan dipijak oleh rakyat Pulau Pinang!-MiM

DAP merupakan satu parti yang tidak mementingkan keamanan kepada negara. Kewujudan DAP di Malaysia telah menyebabkan keharmonian kaum di Malaysia semakin terganggu. Ditambah pula dengan kehadiran PKR dalam kancah politik negara bukannya membetulkan keadaan bahkan makin menyebabkan keharmonian kaum semakin terancam.
Kemunculan PKR menyebabkan DAP semakin menampakkan belangnya sebagai sebuah parti yang ultra Kiasu, Chauvinis dan rasis. Ditambah pula dengan sikap hipokrit PAS yang membuat pusingan U iaitu sanggup mengenepikan ideologi perjuangan kerana tamakkan dan gilakan kuasa.

Hakikatnya kewujudan parti pembangkang yang ada kini bukannya memberi keseimbangan kepada kerajaan tetapi telah menyebabkan nilai-nilai keharmonian kaum tergugat. Apabila kini telah berlaku keadaan apabila telah ditafsirkan Melayu dengan UMNO manakala Cina sokong DAP. Keadaan ini telah menyebabkan kecelaruan dalam hubungan kaum.

Keputusan PRK dan Pilihanraya Negeri Sarawak telah membuktikan hujah saya adalah berdasrkan fakta dan bukannya cakap-cakap kosong.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan rindukan kedamaian ayuh mari kita bersama-sama menentang puak-puak yang cuba untuk meruntuhkan nilai masyarakat Malaysia yang telah dibina sejak sekian lama.

"Selami Jiwa, Rawat Rohani, Perkasa Peribadi..."

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply