Penulis ada terbaca satu posting dalam FB YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang bertajuk "Apabila Amanah Disia-siakan.

Terima kasih kepada beliau kerana menulis dengan baik sekali.

Persoalannya... Adakah apa yang ditulis itu beliau sendiri amalkan.

Apa yang ingin diutarakan ialah peranan Hj. Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang. Adakah beliau benar-benar menunaikan amanah daripada rakyat di Marang.

Sebabnya ialah hari ini segala permasalahan rakyat dan kebajikan rakyat sebenarnya di bela oleh pimpinan BN walaupun Parlimen Marang dikuasai oleh PAS.

Hakikatnya ialah manjoriti rakyat di Marang tidak pernah melihat batang tubuh Hj. Hadi ini turun padang menjengah rakyat melainkan ada kematian dan mala petaka.

Adakah rakyat yang sudah mati masih memerlukan lawatan wakil rakyat? Adakah hanya ketika dalam kesusahan sahaja wakil rakyat mereka diperlukan?

Jangan hanya pandai bercakap soal amanah dan mempersoalkan perihal orang lain sedangkan diri sendiri sikap "amanah" itu masih masih boleh dipersoalkan.

Dimana "AMANAH" Hj. Hadi yang diamanahkan yang kononnya berjuang menubuhkan negara Islam dan memperaktikkan undang-undang Islam apabila sanggup menggugurkan slogan yang sejak sekian lama diperjuangkan kepada negara berkebajikan dek kerana ingin menarik undi bukan Islam.

Dimanakah maruah PAS, dimanakah maruah Hj. Hadi apabila begitu mudah digulakan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Sedar atau tidak bahawa PAS sedang digunakan oleh Orientalis untuk menghancurkan Islam dan keharmonian penganutnya di negara bertuah bernama Malaysia ini.

Buka Minda, Buka Hati, Telusuri Keagungan-Nya...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply