» » » » » » PAS membontot DAP...!!!

Salam Kembali...

Muktamar PAS ke 57 yang baru berakhir telah maninggalkan banyak kesan negatif berbanding positif kepada PAS. Kisah kekalahan pemimpin bertaraf "ulamak" dalam PAS telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Kekalahan teruk penyandang jawatan Timbalan Presiden, YB Nasharudin Mat Isa  (224 undi)kepada Mat Sabu (420 undi) manakala seorang lagi calon iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man (399 undi) merupakan antara kejutan yang paling besar dalam sejarah pemilihan PAS.

Kelantangan pemimpin itu menghentam kerajaan mungkin menjadi daya penarik kepada kemenangan Mat Sabu. Manakala YB Nasharudin pula dilihat sebagai tokoh yang banyak berdiam diri dan lebih condong kepada perpaduan dengan UMNO.

Apa yang menarik ialah Mat Sabu pernah menggegarkan dunia politik tanah air dengan skandal khalwat dengan isteri orang dan Mat Sabu baru-baru ini berkata itu semua cerita lama (kes khalwat). Tetapi bagi sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam manakala pengikutnya juga yang kononnya "lebih" islamik daripada orang lain perlu menitik beratkan soal keperibadian seorang tokoh yang ingin dipilih sebagai pemimpin. Harus diingat tersilap pilih pemimpin bala Allah akan menanti.

Tidak cukup dengan kejutan daripada kejayaan puak-puak erdogan dalam PAS. Presidennya pula telah membuat satu lagi kejutan iaitu dalam ucapannya dalam muktamar baru-baru ini iaitu beliau telah menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

Ucapan beliau tersebut telah menimbulkan polemik dan persoalan dikalangan anggotan dan penyokong PAS. Meraka dilihat telah mula mempersoalkan  dasar baru tersebut secara terbuka kepada pemimpin PAS melalui saluran laman sosial.

Nampaknya ucapan tersebut menandakan kejayaan DAP mempengaruhi corak politik dalam PAS supaya mengikut arahan DAP dan PKR. Tidakkah PAS sedar, perkara tersebut boleh dan akan menyebabkan semakin banyak undi Melayu memihak kepada UMNO dan BN. Adakah PAS ingin berjaya semata-mata kerana undi orang bukan Melayu.

Jika PAS berpandangan begitu maka jika PAS menang di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu dan kalah di kawasan majoriti Melayu, ini bermakna kemenangan hakiki bukan milik PAS tetapi kemenangan yang sebenarnya adalah milik DAP.

Maka benarlah slogan "DAP GANTI PAS"...

"Satu tujuan, satu harapan, 1 Malaysia..."

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply