» » » » » » APABILA MELAYU-ISLAM BERPECAH...!!!

Dewasa ini umat Islam terutamanya bangsa Melayu di negara sedang ditekan dengan begitu teruk oleh puak-puak yang cuba menghancurkan umat Islam. Dan kini usaha mereka sudah mula menampakkan hasil apabila ada orang Melayu Islam sendiri yang menyokong usaha dan perjuangan mereka itu.

Ada yang mengatakan bahawa bangsa Melayu yang menaungi Islam di Malaysia telah berpecah kepada 3 golongan atau parti iaitu UMNO, PAS, PKR malah sudah ada Melayu yang tidak sedar diri meyokong malah masuk parti cauvinis ultra kiasu DAP.

Pelbagai isu yang menyelubungi Melayu Islam kini dari isu hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra, isu yang menyentuh kesucian Islam dan juga isu penghinaan terhadap raja-raja Melayu.

Apa yang amat menggusarkan ialah apabila puak-puak pemusnah ini telah mula berani menyerang secara terang lagi nyata perkara-perkara di atas apabila ada parti yang dulunya menjadi musuh bagaikan anjing dengan kucing tetapi kini telah tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain. Kerana ketamakan kuasa PAS sanggup membuang prinsip perjuangan Nya. PAS sanggup menjadi pak sanggup dalam apa jua keadaan demi untuk mendapat sokongan pengundi bukan Islam, malah dalam isu gereja vs JAIS pun PAS sering berdolak dalik.

Malah yang lebih parah ialah apabila seorang Menteri Besar berbangsa Melayu dan beragama Islam tanpa usul periksa telah menelefon pihak gereja untuk memohon maaf. Di mana maruah agama Islam, di mana marush bangsa Melayu, di mana maruah Sultan dan Raja-raja Melayu yang menjadi pemimpin tertinggi agama Islam di Malaysia. Di manakah hak islam di dalam perlembagaan apabila JAIS cuba menghalang orang Islam dari dimurtadkan secara halus oleh pihak DUMC.

Apa yang nyata kini ialah akibat daripada tindakan PAS bekerjasama dengan DAP telah menyebabkan orang-orang kafir terutamanya Kristian telah makin berani menyebarkan dakyah mereka kepada orang-orang Islam dengan pelbagai cara.

Pelbagai usaha telah dibuat oleh mereka yang cintakan Islam untuk menyatukan dua parti teras yang mewakili orang Melayu dan Islam iaitu UMNO dan PAS malah UMNO telah berlapang dada untuk menerima PAS namun oleh kerana keegoan, dengki dan dendam PAS melalui pemimpinnya yang kononnya bergelar ulama' telah menolak mentah-mentah salam perpaduan yang dihulurkan oleh saudara seagamanya.

Apa yang dibimbangi ialah jika keadaan ini berterusan tidak mustahil bangsa Melayu akan menjadi hamba di bumi sendiri kerana sudah jelas bahawa bangsa Melayu hanya tinggal kuasa (politik) sahaja dimana ekonomi, pendidikan dsb bangsa lain yang menjadi juara.

Apa yang menarik ialah apabila ada orang Melayu yang bercakap mengenai hak bangsanya dia pasti akan dituduh rasis  tetapi jika ada bangsa lain yang berbicara tentang bangsa mereka, mereka akan kata itu adalah hak asasi manusia.
Satu pesanan kepada Melayu yang bersekongkol dengan DAP jangan jadi seperti kata pepatah:
"Menang sorak kampung tergadai. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...."

Wallahu a'lam...

Buka hati, buka minda, telusuri keagunganNya....

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments: