
Pemimpin
pakatan pembangkang di Selangor diselar kerana mengamalkan sikap
hipokrit berhubung isu kenaikan elaun terhadap Ahli Parlimen yang
dibangkitkan baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar
berkata, sikap itu jelas apabila mereka menolak kenaikan elaun untuk
Ahli Parlimen namun bersikap sebaliknya di Dewan Undangan Negeri (DUN)
berkenaan.
"Mereka
hipokrit kerana di Parlimen tolak tetapi terima di DUN. Azmin Ali pula
berpura-pura lantang menentang kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 tetapi kebenarannya mereka
bersetuju dengan kenaikan elaun di peringkat negeri dan ada kalangan
mereka yang menikmati dua gaji.
"Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah ADUN Ijok dan Ahli
Parlimen Bandar Tun Razak. Azmin pula ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli
Parlimen Gombak.
"Teresa
Kok pun sama, dia Ahli Parlimen Seputeh dan juga ADUN Kinrara malah
berjawatan Exco. Mereka ini hipokrit, dua-dua mereka 'sebat'," katanya
selepas merasmikan Program Jelajah Francais 1Malaysia peringkat negeri
Selangor di sini, hari ini.
Hadir
sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Jelajah Francais 1Malaysia,
Datuk Sohaimi Shahadan; Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha
Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir; Pengarah
Eksekutif Ayam Penyet Ria, Dazma Shah Daud dan Naib Ketua UMNO Bahagian
Selayang, Datuk Ir. Md. Nasir Ibrahim.
Noh
berkata, ADUN Selangor menikmati kenaikan elaun dari RM4,000 ke RM6,000
walaupun keadaan ekonomi negeri itu semakin merosot sejak berada di
bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Penasihat
ekonomi Selangor ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, mustahil dia tidak
tahu keadaan ekonomi negeri itu dan kenapa Menteri Besar tidak tanya.
"Mereka
bukan sahaja tipu rakyat tapi turut menganiaya rakan-rakan mereka
daripada Pas dan di negeri lain yang terjejas dan memerlukan kenaikan
elaun Ahli Parlimen untuk melaksanakan program di kawasan
masing-masing," katanya.
Sumber: sahabat gunung
NR;- Apa lagi boleh dikata, itulah hakikat pembangkang di Malaysia terutamanya dari PKR. Menyorokkan kepala tetapi punggung tertonggek. Selangor itulah contoh kerajaan yang "BERSIH"...
La... Takkan baru tahu pembangkang hipokrit... Dari dulu lagi diorang hipokrit... Cakap tak serupa bikin...
ReplyDeletehttp://in-tellact2all.blogspot.com/