» » » » » » Apasal semakin ramai tinggalkan Anwar...???


Apa sebenarnya sudah terjadi kepada Anwar ni semakin hari semakin ramai yang tinggalkannya. Dengan apa yang berlaku ini sudah semestinya ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku.


Ismail Mina Ahmad yang merupakan seorang sahabat lama Anwar juga telah meninggalkan Anwar. Beliau yang pernah menjadi presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya pernah bersama Anwar ketika dalam ABIM.

Katanya beliau meninggalkan Anwar kerana mendapati Anwar berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan aqidah. Fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.

“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

Sahabat lama pun sudah mula tinggalkan Anwar... Penyokong PAS yang kononnya memjuangkan Islam itu bila lagi... Ataupun sekadar hasad, dengki dan dendam semata...

Renungkan dan fikir-fikirkanlah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply