» » » » PAS bersandiwara lagi...!!!


Seperti yang dijangka PAS dengan bangganya mengatakan bahawa sokongan Anwar terhadap negara Zionis hanyalah pandangan peribadi Anwar dan tidak mewakili pandangan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Khalid Samad berkata:

"Saya yakin Pas tidak terjejas. Kita (Pas, PKR dan DAP) mempunyai pendirian yang sama dalam soal bagaimana untuk memerintah negara.

''Mengenai kenyataan (Anwar) itu, kita akan teliti dan kaji apa maksud sebenarnya. Setakat ini kita tidak terima penjelasan lagi (daripada Anwar) mengenai kenyataan itu.

''Namun, kita percaya Anwar tidak sokong Israel," kata beliau.

Ramai sebenarnya pemimpin PAS yang cuba menegakkan benang yang basah walaupun suah terang lagi bersuluh dalam WSJ tersebut yang Anwar mengatakan sokongan beliau terhadap negara Zionis terbabit.
Apa yang perlu mereka kena ingat ialah rakyat sudah pandai menilai mana yang betul mana yang salah. Rakyat bukan bodoh. Ini bukan kali pertama Anwar mengeluarkan statement panas ketika ditemu bual oleh wartawan luar negara.

Ana tidak mahu mengulas panjang dalam isu ini kerana ana yakin rakyat memang bijak untuk menilai. Renungkan dan fikir-fikirkanlah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply