» » » PASAL ANWAR: Ada Erti Di Sebalik Realiti...???

Terdetik di hati untuk berkongsi sesuatu berdasarkan pembacaan ana dalam kolum Cuit oleh Zaini Hassan. Itupun dalam beberapa perenggan terakhir dalam tulisan beliau antaranya berbunyi seperti berikut...:

"Ini mengenai kisah beberapa hari lalu. Saya telah dijemput ke satu acara di luar Kuala Lumpur. Bersama-sama saya ialah bekas rakan sekongkolan Anwar dalam PKR. Itulah pertama kali saya bertemu dengan beliau. Kami menaiki satu van menuju ke destinasi itu. Banyak cerita yang diceritakan kepada saya. Pergi dan pulang dari destinasi yang memakan masa dua setengah jam itu kami bercerita. Saya banyak mendengar. Beliau banyak bercerita.

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar dan PKR dan Pas dan DAP banyak juga yang saya soalkan. Banyak maklumat yang saya dapat. Banyak cerita-certa politik yang saya timba mengenai kisah permainan DAP yang memperkuda-kudakan Pas dan PKR sehinggalah kepada soal: teori konspirasi membabitkan Anwar Ibrahim.

Konspirasi katanya hanya ‘‘permainan di atas pentas politik semata-mata.” Kami semua diarahkan mengikut skima yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana itu. Biar orang ramai, rakyat jelata termakan istilah konspirasi, konspirasi dan konspirasi, katanya.

 Memang benar, istilah itu berjaya ditanam dalam kepala, segelintir atau banyak, orang ramai. Ramai di kalangan anak-anak muda juga berjaya ditanam dengan istilah itu. Masih ramai yang kurang percaya mengatakan Anwar terbabit dalam perlakuan itu.

Namun, apa yang menariknya apabila, bekas rakan Anwar itu membuat satu petikan yang dipertuturkan oleh seorang insan terapat Anwar kepadanya semasa isu Saiful mula-mula timbul dulu:

‘‘Tak serik-serik lagi abang kau…'' Siapa insan itu tidak perlulah disebut di sini.

Ia bukan direka-reka, saya berani bersumpah itulah yang dipertuturkan oleh insan itu, tegasnya.

Lalu dia bersumpah di hadapan saya.

NR: Ana rasa semua tahu siapa yang dimaksudkan dengan "abang kau.." itu. Renungkan dan fikir-fikirkanlah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply