Terang lagi bersuluh.
Semalam tuan tanah yang didakwa ‘merampas tanah sekolah dan anak yatim’ Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) menunjukkan geran milik mereka sambil menyifatkan pemimpin PAS di Paka sebagai berbohong bahawa mereka merampas tanah berkenaan.
Malah menjijikkan, kawasan tanah mereka kini di pagar dan mereka seperti rakyat Palestin yang terpaksa berada di luar pagar sementara di dalamnya ‘orang Yahudi’ yang merampas tanah mereka.
Lima pemilik sah tanah berkenaan menyifatkan perbuatan penyokong PAS memagarkan tanah mereka ibarat Yahudi yang menafikan tanah orang Arab di Tebing Barat, walaupun pada bantahan yang diadakan kelmarin, pemimpin PAS menyifatkan tuan tanah berkenaan sebagai ‘Yahudi’.
Tuan-tuan tanah ini bukan sahaja tidak dapat pun memijak tanah hak mereka tetapi turut diugut.
Kepada siapakah nasib mereka ini mahu diadukan?
Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah yang sebelum ini berusaha membantu mereka yang menduduki tanah haram di kawasan itu dan dipindahkan ke penempatan di Kampung Telaga Mas, Paka – termasuk penyokong PAS – bagaikan berjuang bersaorangan.
Beliau ‘dilepaskan bersaorangan’ tanpa sokongan daripada UMNO Bahagian Dungun dalam isu ini seolah-olah ia tidak ada kaitan dengan perjuangan UMNO bahagian berkenaan.
Walaupun PAS Dungun, PAS Negeri dan kini hingga ke PAS Pusat mengecam UMNO dan kepimpinan Menteri Besar Terengganu, pemimpin UMNO di Bahagian Dungun ‘buat pekak badak’ dan tidak pun membantu.
Ironinya, ada pula kalangan pemimpin UMNO tempatan yang cuba menangguk di air keruh dan ‘membiarkan’ isu ini meledak agar Zakaria dapat ‘dibungkuskan’.
Kerana itu PAS melalui pemimpinnya di Paka, Saiful Bahri Mamat dalam blognya berani menulis seperti berikut:
“Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu “Datuk” Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.”
Adalah tidak adil dan ‘bertindak jahat’ apabila Saiful Bahri yang menggelarkan dirinya Ustaz membuat kenyataan sedemikan kerana isu ini tidak ada kena mengena dengan soal kemelut lama UMNO itu.
Malah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan barisan Exco yang meluluskan permohonan untuk tanah 5 lot itu berdasarkan peraturan dan cara permohonan tanah yang diangkat mengikut peraturan.
Zakaria dianggap sebagai ‘kepala yang melakukan’ kezaliman tetapi hakikatnya pemimpin PAS, khususnya Saiful Bahri yang memperjuangkan untuk merebut tanah 5 lot itu lebih zalim. Kenapa dikatakan demikian?
1. Kenapa mereka tidak memohon ketika PAS memerintah antara 199 hingga 2004?
2. Mereka tahu bahawa permohonan perlu untuk dapatkan tanah yang dikatakan ada ‘perancangan’ secara halal atau ikut peraturan negeri. Kenapa selepas 2004 sehingga tanah itu diluluskan permohonan oleh 5 tuan sah sekarang tidak dimohon?
3. Siapa menguruskan penduduk tanah haram yang kini dipindahkan, termasuk penyokong PAS ke suatu kediaman baru? (Apakah pemimpin PAS Dungun merasa tanggungjawab mereka sudah lepas kerana semuanya diselesaikan oleh Zakaria?)
4. Kenapa memagarkan tanah milik orang dan menghalang tuannya yang sah menggunapakai tanah berkenaan? Apa niat mereka?
5. Kenapa tidak diingatkan kepada ibu bapa bahawa belajar di sekolah yang tiada kelulusan Sijil Menduduki membahayakan murid dan guru?
6. Apakah mereka meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau mala petaka kepada murid dan guru SMIDB, sedangkan pihak pentadbiran sekolah yang bertangggungjawab?
7. Memberikan ‘kepercayaan palsu’ kepada rakyat bahawa tanah itu milik sekolah;dan
8. Memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan murid bahawa tanah itu mempunyai ‘perancangan’ untuk dibangunkan sedangkan ia milik orang awam.
Juga tidak wajar dan tidak baik untuk menuduh bahawa Zakaria ‘melarikan diri’ ketika bantahan diadakan.
Apakah pemimpin PAS ini dianugerahkan Allah sebagai manusia yang boleh membaca hati Zakaria yang memang merancang untuk melarikan diri ketika bantahan berkenaan?
Persoalan juga kepada PAS Paka:
1. Bantahan menggunakan guru, murid dan ibu bapa dibenarkan diadakan di kawasan sekolah. Kenapa melakukan perarakan hingga ke Pejabat ADUN dan keluar dari kawasan sekolah?
2. Jika berlaku sesuatu, siapa bertanggungjawab terhadap anak-anak yang tidak berdosa itu?
3. Apakah ada notis atau pemberitahuan awal bahawa satu memorandum akan diserahkan?
Zakaria yang ada temujanji dengan seseorang terpaksa menunaikan temujanji itu di Resident dan kenapa Saiful Bahri menuduh beliau bagaikan pengecut?
Jadi munasabahlah kalau Zakaria memberikan tempoh 7 hari kepada Saiful Bahri untuk menarik balik tuduhannya.
Berita lanjut di http://buletinonlines.net/272.html
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: