Memetik laporan daripada portal berita buletinonlines.net ada mendedahkan bahawa majoriti mahasiswa mendesak PAS bertanggungjawab ke atas 9 pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang ditarik balik pinjaman mereka kerana menyertai HIMPUNAN HARAM BERSIH. Berikut adalah intipati laporan:
Hari ini BOS dimaklum Persatuan Mahasiswa Anak Teregganu telah membuat satu kenyataan Akhbar yang menyokong Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu menarik balik pinjaman dan biassiswa kepada sembilan orang pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir yang terbukti dan mengaku terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah pada 9 Julai 2011.
Dan gambar ini adalah secara terang-terangan menunjukkan mereka terlibat dengan perhimpunan Haram Bersih 2.0 tersebut yang lebih bermotifkan politik, PAS yang begitu terdesak mengunakan pelajar-pelajar sebagai alat dan perkakas mereka untuk mencapai matlamat mereka tanpa memikirkan masa depan pelajar-pelajar ini.
berikut adalah antara syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian pinjaman pelajar YT:
Para 1 (c) bahawa sepanjang kursus pengajian itu ia tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan yang difikirkan oleh LEMBAGA sebagai berlawanan dengan kepentingan PENUNTUT atau Negara dan hendaklah berhenti daripada mengambil bahagian selanjutnya dalam kegiatan itu, jika dikehendaki oleh LEMBAGA atau wakil-wakilnya berbuat demikian.
Para 2 Adalah selanjunya dipersetujui dan diakui bahawa penuntut tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasanya perjanjian ini iaitu dalam masa tempoh kursus, latihannya dan juga kemudian daripadanya sehingga tamat tempoh pekerjaanya dibawah perenggan (j) fasal 1 perjanjian ini.
Baca lapoan lanjut di Buletinonlines.net
No comments: