» » PAS sokong LGBT???

Dalam menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan yang tersendiri, rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai isu dan perkara yg amat menggusarkan.

Orang Melayu ditekan dari pelbagai sudut seolah-olah orang Melayu itu kaum minoriti. Pelbagai perkara berkaitan kepentingan masyarakat Melayu yang cuba dipertikaikan oleh mereka yang tidak bertangagungjawab.

Contohnya dari aspek keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan, soal bahasa Melayu yg dipertikaikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.

Bukan setakat itu sahaja sehingga isu berkaitan Islam pun turut dijadikan bahan ketawa oleh mereka ini.

Malah, lebih menggemparkan lagi ialah, semua perkara yang ana utamakan di atas seolah-olah disokong oleh sebuah parti yang kononnya berteraskan al-Quran dan as-Sunnah iaitu PAS.

PAS dibuktikan telah bersekongkol dengan golongan yang bencikan Islam. PAS bekerjasama dengan DAP, iaitu sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman yang mana perjuangan DAP jelas memperlekehkan Institusi Melayu, Islam malah institusi raja pun mereka permainkan.

Percaya atau tidak DAP dan penyokongnya menyokong perjuangan LGBT, pluralisma dan liberalisme agama. Sehingga ke hari ini PAS masih bersekongkol dengan DAP ini. Segala tindakan DAP ini seolah - olah mendapat sokongan PAS.

Mungkin benarlah kata orang, PAS sanggup menggadaikan semua prinsipnya demi untuk mendapat kuasa politik yang sementara.

Dari negara Islam bertukar ke negara kebajikan. Dulunya menentang perlembagaan yang kononnya perlembagaan penjajah dengan berjanji akana mempertahankan perlembagaan sedia ada. Dari memperjuangkan hudud sekarang hudud hilang entah ke mana dalam kamus perjuangan PAS.

Maka saya menyarankan rakyat di luar sana berfikirlah dengan akal yang waras, kerana kuasa terletak di tangan anda. Kerana kiralah penentu nasib dan masa depan negara kita.

Satu perkara yang menjadi asas dan tunjang kepada pembentukan negara ini yang perlu dipertahankan ialah perpaduan. Bersatulah demi agama, bangsa dan tanah air kita yang tercinta ini.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply