» » » » Sokong Bersih: SALAH TETAP SALAH...


Setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada hukuman. Begitu juga dengan tindakan 9 pelajar yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dan akibat perbuatan mereka kerajaaan Negeri mengambil tindakan dengan menarik balik bantuan pimjaman yang telah diberikan. Keputusan ini tidak akan ditarik balik dengan mengambil kira faktor kesalahan yang dilakukan oleh mereka kerana melanggar perjanjian dengan menyertai perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir tahun lalu.

Kerajaan Negeri bertegas dalam isu ini kerana kita menghantar pelajar dengan tujuan supaya mereka dapat belajar dengan cemerlang seterusnya menabur bakti demi bangsa, agama dan Negara bukannya pergi untuk menyertai sebarang perhimpunan haram yang seterusnya menganggu kuliah mereka. Walaupun terdapat desakan dan memorandum dihantar oleh segelintir pihak supaya menyambung semula pimjaman itu, kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan yang telah dibuat.

Adalah amat dikesali kerana terdapat penuntut negeri ini yang gagal memanfaatkan kemudahan dan peluang yang disediakan kerajaan kepada mereka dengan melakukan sesuatu yang jelas melanggar undang-undang. Mereka adalah antara pelajar yang bernasib baik kerana terpilih untuk menyambung pengajian mereka di Mesir, namun kepercayaan yang diberikan supaya mereka menimba ilmu telah dipersiakan sedangkan ramai lagi pelajar yang hendak pergi ke luar negara.

Walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa kita adalah pengkhianat dan kerajaan yang tidak adil, diharap mereka cermin diri kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah yang terbaik demi anak bangsa dan hukuman ini adalah kerana perbuatan mereka sendiri yang secara jelas melanggar undang-undang. Jika tiada tindakan tegas, mungkin lebih ramai lagi pelajar lain akan turut melakukan perbuatan sama selain ada yang menunding jari dan mempelekehkan Yayasan Terengganu jika bersikap berdiam diri.

Tiada masalah bagi kita untuk membiayai pelajar ke luar Negara kepada pelajar yang cemerlang dan berkelayakan.  Kerajaan Terengganu bersedia mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada anak Terengganu yang berjaya selain membiayai mereka yang mahu melanjutkan pelajaran, bagaimanapun kerajaan tidak akan memberi ruang kepada pelajar yang jelas melanggar undang-undang. Tahun ini lebih 100 orang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan kita akan biayai. Selain itu, kita juga hantar pelajar yang mahu mengambil jurusan kejuruteraan automatif di Jerman dan menghantar 10 pelajar pengambilan pertama dalam kejuruteraan kapal terbang 147 yang diiktiraf seluruh dunia.

Kita tidak mahu jasa yang ditabur tapi tuba yang dibalas begitu juga dengan senario yang terjadi ini. Bukannya kerajaan membuat keputusan tanpa usul periksa namun tindakan ini diambil setelah menyiasat dan bukti. Diharap selepas ini, pelajar yang lain berfikir secara rasional tanpa perlu mengikut telunjuk pihak yang hanya menggunakan mereka demi kepentingan politik tanpa memikirkan masa depan anak bangsa. -ahmadsaid.net

NR: Memang patutpun tarik biasiswa. Dah kerajaan beri biasiswa, tahu-tahu buat demo sokong bersih di Mesir, siap pegang bendera negeri lagi tu. buat malu negeri kerajaan negeri je. terimalah hakikat bahawa puak-puak ni tidak bersyukur dengan segala kemudahan yang kerajaan negeri sediakan dan berikan kepada mereka. kalau dah tak sokong kerajaan buat apa lagi kerajaan nak teruskan penajaan pada mereka. Tarik balik je kan senang. Tidak timbul soal kerajaan tak adil kerana memang mereka yang tidak sokong kerajaan yang menyuap mereka.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply