» » Ambiga minta bantuan polis....

10 Mei lalu, Ambiga Sreevanasan membuat laporan polis berhubung beberapa orang peniaga burger berniaga di hadapan - atau sebenarnya di luar - rumahnya. Katanya, tindakan para peniaga burger itu mengganggu ketenteramannya walaupun aktiviti tersebut tidak langsung masuk ke kawasan rumahnya.

Dua hari sudah, Persatuan Veteran Tentera Melayu pula atur acara senaman punggung, juga di lokasi yang sama. Para penyokong BERSIH serta-merta melakukan kecaman menggunakan pelbagai medium, manakala para pemimpin Pakatan, khususnya DAP, menyatakan perasaan tidak puas hati mereka kerana polis tidak bertindak.

Malam tadi sepatutnya satu lagi acara diadakan iaitu PASAR MALAM di kawasan yang dihuni oleh golongan elit itu. Bagaimanapun, DBKL segera datang untuk 'menghalau' mereka kerana untuk mengadakan pasar malam, memerlukan permit khusus. Tidak ada permit bererti, tidak boleh diadakan pasar malam.

Anggota polis yang ingin dibunuh oleh para peserta BERSIH juga turut datang meronda untuk memastikan golongan elit di kawasan itu hidup aman damai dan tidak diganggu dengan aktiviti-aktiviti yang dianggap mengganggu ketenteraman umum.

Tetapi cuba anda ingati semula, apakah yang dikatakan oleh Ambiga Sreevanasan sewaktu nasihat diberikan agar BERSIH diadakan di stadium dan di kawasan tertutup? Apa pula hujah-hujah para penyokong BERSIH apabila demonstrasi jalanan dihalakan ke stadium?

Apa reaksi yang mereka berikan apabila anggota-anggota polis diserang, dihambat dan dibelasah walaupun berada di dalam ambulan oleh para peserta BERSIH? Bukankah mereka yang rata-ratanya Melayu begitu seronok melihat anggota-anggota polis yang juga rata-ratanya Melayu dibelasah dan cuba dibunuh?

Mengapa pula sekarang mereka beria-ia membela privasi Ambiga Sreevanasan? Mengapa tiada langsung suara pembelaan terhadap 99% penjaja kecil, pemandu teksi, pemandu bas, pekedai dan peniaga di Kuala Lumpur yang terganggu aktiviti ekonomi mereka pada 28 April lalu? Mengapa pula mereka sanggup mengeluarkan HUJAH-HUJAH BODOH kononnya demonstrasi itu telah meningkatkan jumlah jualan pada hari berkenaan walaupun rata-rata kedai dan premis terpaksa ditutup manakala para penjaja pula terpaksa berputih mata melihat keuntungan hujung minggu berlalu begitu sahaja?

Tak sepatutnya golongan seperti Ambiga dan para penyokong BERSIH bercakap tentang privasi dan ketenteraman awam. Bahkan perkataan-perkataan seperti itu bagaikan NAJIS MUGHALLAZAH yang keluar dari celah gigi dan lidah masing-masing memandangkan mereka tidak pernah peduli dengan orang lain yang tidak menyokong dan menentang BERSIH sebelum ini!!!

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply