» » » Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa...


Di kesempatan yang ada ini ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru. Sesungguhnya jasa seorang guru tiada nilainya. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi alam. Terima kasih cikgu kerana ikhlas dalam mendidik dan mengajar kami sehingga kami mampu berdiri sepertimana kami hari ini.


Namun hari ini kerjaya guru hanyalah sebagai tapak untuk terus survival dalam dunia serba mencabar hari ini. Kerjaya sebagai guru tidak lagi dipandang mulia oleh pelajar dan murid. Kenapa dan mengapa? Kalau dilihat dengan tingkah laku pelajar hari ini yang amat mendukacitakan. Adakah kerana niat seorang guru itu sudah berubah???


Menjadi Guru hari ini tidak lebih hanya untuk mencari makan semata bukan ikhlas untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. Kebanyakan guru hari ini banyak menjadi agen politik terutamanya kepada pembangkang. Mungkin sebab itu lah ilmu kurang diberkati. Kerana menentang pemerintah adalah perkara yang dilarang oleh Islam... Wallahuh a'lam...

Renungkan dan fikir-fikirkanlah

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply