» » Kebebasan bersuara ala PR....

Dalam berfikir kesan daripada perhimpunan bersih baru- baru ini terlintas difikiran, beginikah kebebasan bersuara yang dicanang oleh PR terutamanya Anwar Ibrahim.

Kebebasan bersuara sehingga boleh menggugat keamanan negara. Kebebasan bersuara sehingga boleh menggadaikan nyawa.

Imbau kembali dalam pemilihan PKR yang lalu adakah wujud kebebasan bersuara yang diwar- warkan??? Asal saja ahli tegur sikit dah kene amaran, kene pecat.

Kalau diperhati daripada kebebasan bersuara yang di jaja oleh Anwar ini, ia bukan sahaja boleh menggugat keamanan negara malah ia mampu memusnahkan kestabilan ekonomi negara.

Apakah maksud sebenar konteks kebebasan bersuara yang ditaja oleh Anwar ini apabila dia boleh menegur orang lain sedangkan apabila ada orang lain yang menegurnya dia akan melenting tak tentu pasal.

Sekadar perkongsian pendapat untuk renungan bersama.... Fikir- fikirkanlah dan lagi tersilap membuat pilihan...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply