» » » PAS mahu perangkap UMNO


Pas sebenarnya cuba memerangkap UMNO apabila menimbulkan kembali isu muzakarah dengan menetapkan syarat yang bertujuan menimbulkan persepsi pada rakyat bahawa UMNO adalah sebuah parti yang menolak Islam.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan terdesak itu dibuat selepas Pas menyedari imej parti itu sudah tercalar ekoran tindakan mereka bersekongkol dengan pembangkang termasuk Datuk S. Ambiga serta telah diperalatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, akibat tersilap memilih kawan, Pas sebaliknya tidak berusaha membersihkan diri mereka sebaliknya cuba lari daripada kesilapan itu dengan sekali lagi cuba menjadikan UMNO sebagai mangsanya.

"Kalau mahu jumpa, jumpa sahaja..kalau nak mengenai Islam cakap sahajalah apa yang nak letak syarat. Tajuk pun biarlah dibincangkan tak payah nak menyinggung ini sebelum muzakarah lagi sudah menyinggung semua pihak.

"Kita tahu perlanggaran undang-undang dalam demonstrasi Bersih 3.0 dan siapa dia Ambiga maka akhirnya Pas mahu tutup isu ini dengan keluarkan isu muzakarah sekali lagi malah menetapkan tajuknya sebagai kenapa UMNO menolak Islam," katanya.

Drama mengenai muzakarah itu merupakan isu yang ditimbulkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bagaimanapun beliau selepas itu seperti dilaporkan media mendakwa muzakarah berkenaan bukan dengan UMNO sebaliknya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksinya selepas itu bagaimanapun lantang menyatakan keinginannya yang mahu muzakarah dibuat antara UMNO dan Pas namun keikhlasan beliau juga turut dipersoalkan apabila menetapkan syarat yang perlu dipatuhi antaranya tajuk muzakarah itu adalah kenapa UMNO tolak Islam.

Namun dalam reaksi terbarunya hari ini, beliau akhirnya menarik balik kenyataan itu dan menyatakan persetujuan dengan Abdul Hadi.

Sumber: pahangku

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply