» » Haji: Hanya yang sesat halang umat tunaikan haji...

Perihal arahan pemimpin Pas supaya jangan pergi mengerjakan ibadat haji bagi menumpukan pilihan raya ke 13.

Ayat 27 surah al-haj bermaksud:
Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh. 

Maknanya setiap hamba Allah yang mengaku telah beriman kepada Allah hendaklah menyeru ke arah haji.

Mana-mana hamba Allah yang cuba menghalang atau menggagalkan atau mempengaruhi supaya tidak mengerjakan haji atau mengelirukan atau menghasut mana-mana orang daripada mengerjakan ibadat haji adalah merupakan manusia sesat kerana ibadat haji adalah rukun Islam kelima.
Sesungguhnya Islam itu didirikan atas lima sendi utama.

Hadis Rasulullah saw diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Dirikan Islam atas lima rukun: Syahadat (pengakuan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah), dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitillah dan puasa di bulan Ramadhan. 


Mana-mana pihak yang cuba menggagalkan urusan haji haji adalah merupakan manusia yang sangat jahil  ilmu agama Islam walaupun mengaku berjuang menegakkan Islam di negara ini melalui sebuah parti politik yang bernama PAS...

Hamid Daud, Kota Bharu.
Utusan 19062012 ms 12

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply