» » Nasib Tanah Melayu...

Gendang pilihanraya sudah semakin hampir dibunyikan. Di serata pelusuk negara bendera dan poster parti-parti politik semakin banyak di naikkan.

Namun dalam sedar atau tidak pru kali ini sebenarnya adalah ujian paling getir yang pernah dihadapi oleh parti memerintah terutamanya UMNO yang menjadi teraju utama parti memerintah.

Yang menyedihkan ialah dalam keadaan kuasa Melayu yang kian terancam, orang Melayu masih bertelingkah sesama sendiri oleh kerana perbezaan fahama politik.

Yang lebih menyedihkan lagi ada parti yang sanggup berkawan dengan musuh Islam untuk menjatuhkan pemerintahan Islam yang sedia ada. Iaitu sebuah kerajaan yang telah diiktiraf diperingkat global sebagai sebuah kerajaan yang memerintah negara Islam yang terbaik di dunia dan wajar dijadikan contoh.

Namun akibat dendam masa lampau yang masih menebal, salam perpaduan tidak bersambut walaupun atas dasar sesama saudara sebangsa dan seagama. Sungguh malang nasib bangsa Melayu kerana mempunyai pemimpin yang hanya pentingkan nafsu semata.

Kerana perjuangan sempit pemimpin tertentu nasib bangsa di gadaikan, agama diperjudikan dan negara dijadikan taruhan. Itulah nasib yang terpaksa dilalui oleh bangsa Melayu di bumi yang dulunya pernah dikenali sebagai Tanah Melayu.

Namun Insyaallah berkat kegigihan usaha kerajaan sedia ada untuk terus membela rakyat dan membina negara walau apa jua badai dan halangan yang terpaksa ditempuh.



About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply