» » » Tangguh haji: PAS mempermainkan agama demi kuasa..

Berbicara soal penangguhan haji oleh Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu beliau menyeru penyokong Pas agar menangguh dahulu perlaksanaan ibadah itu sekiranya pru diadakan dalam musim haji.

Ibadah haji merupakan antara rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam jika berkemampuan. Namun ada pemimpin pembangkang yang menyeru pengikutnya agar menangguhkan dahulu ibadat tersebut semata-mata untuk pilihanraya.

Ajal maut ditangan Allah. Seandainya tahun ini dia menangguhkan ibadah haji semata-mata kerana pilihanraya dan ditakdirkan oleh Allah dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan ibadah tersebut, bagaimana pula kedudukannya.

Memang benar pilihanraya 5 tahun sekali dan ibadah haji boleh dibuat setiap tahun, tetapi peluang untuk menunaikan haji bukannya datang setiap tahun. Mungkin tahun ini kita sihat untuk menunaikan ibadah haji tetapi kita menangguhkannya kerana untuk pilihanraya. Tetapi ditakdirkan pula tahun depan kita tidak dapat menunaikannya kerana keuzuran, siapa sebenarnya yang rugi...

Ana tidak mahu mengulas panjang cuma ana mohon untuk kita berfikir dan renungkan apa yang ana cuba sampaikan ini... Utamakan yang lebih utama kerana ibadah haji adalah kewajipan kita kepada Allah.... Wallahualam..

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply