KUANTAN 11 Julai - Atlet dari Terengganu, Harith Ammar Mohd. Sobri muncul sebagai 'raja pecut' Sukan Malaysia (SUKMA) 2012 apabila berjaya memenangi pingat emas bagi acara lari 100m lelaki.
Harith Ammar telah berjaya mencatat masa 10.84 saat untuk meletakkan diri sebagai pemenang pingat emas.
Pingat perak pula dimenangi oleh Mohd. Helmi Ahmad dari Kedah dengan catatan masa 10.92 saat manakala pingat gangsa menjadi milik Eddie Edward Jr dari Sabah dengan 10.93 saat.
Harith kelihatan meraikan kejayaannya itu dengan ahli keluarganya yang turut hadir ke Stadium Darul Makmur sebagai menunjukkan tanda sokongan kepadanya.
Rekod SUKMA dan kebangsaan acara ini masih dipegang oleh Watson Nyambek sejak tahun 1998 dengan catatan masa 10.33 saat.
Antara kejayaan emas Terengganu...

No comments: