» » » BN beli tanah dengan harga tinggi...???


Banyak tanah di kawasan bandar Kuala Terengganu yang bernilai tinggi diagihkan kepada syarikat-syarikat kroni pemimpin Pas ketika parti itu memerintah negeri ini dari tahun 1999 hingga 2004.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, pemimpin Pas berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi dalam mengagih-agihkan tanah di Terengganu sepanjang pemerintahan parti tersebut menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian yang besar.
“Banyak kawasan tanah di bandar Kuala Terengganu yang mempunyai nilai komersil tinggi dan boleh dibangunkan dengan macam-macam projek, kita (Kerajaan BN) simpan bagi kegunaan masa depan.
“Bagaimanapun, tanah-tanah tersebut telah diagih-agihkan kepada kroni-kroni pemimpin Pas yang berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi,” katanya pada sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Isu tanah menjadi topik hangat pada persidangan DUN kali ini apabila pihak pembangkang cuba memutar-belitkan isu berkenaan seolah-olah menampakkan kesalahan Kerajaan BN.
Beliau berkata, keadaan itu amat jauh berbeza pada zaman pemerintahan BN yang sangat telus dalam soal pembahagian tanah kepada rakyat.
“Kerajaan BN membahagikan lot-lot tapak rumah dan pertanian kepada semua rakyat yang layak. Ada juga beberapa wakil rakyat dan Exco yang diberi tanah (semasa pemerintahan BN) kerana mereka layak mendapat tanah,” katanya.
Menteri Besar berkata, Kerajaan BN tidak menyorok pembahagian tanah kepada wakil rakyat, tetapi Pas tidak berbuat demikian, sebaliknya berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi.
Katanya, syarikat dan koperasi Pas diberi tanah yang luas dan tanah yang mempunyai nilai komersil tinggi di kawasan bandar.
Pada persidangan DUN sebelum ini, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah mendedahkan kawasan komersial lot PT3378 berkeluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
Katanya, Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Hussin Ismail.
Setelah BN mengambil alih tampuk pentadbiran Terengganu pada 2004, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (ADUN Pas Kuala Besut) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Mahyuddin Abd Rashid.
Alias memberitahu DUN, kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
Alias mendedahkan lagi kepada DUN, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.
Alias juga sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau, Dungun diluluskan kepada syarikat milik ADUN Pas Ladang, Dr.Sulaiman Abdullah seluas 50 hektar.
Tambah beliau, tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) yang dipegerusikan Datuk Hishamuddin Yahya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Pengerusi Harakah.
Sumber-www.terengganutoday.com

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply