» » » » » Nasib Ammar.. dimana PAS dan PKR???


Saya ingin menarik perhatian pembaca kepada dua insiden yang sama tetapi ditangani dengan cara berbeza.

Bila seorang remaja Cina perempuan, model kepek sambilan memijak potret Perdana Menteri Malaysia yang partinya dipilih oleh rakyat untuk mewakili Malaysia, cina ini ditahan dan digari.

Peristiwa kedua ialah seorang pelajar kolej (kolej je pun ingatkan U), Ammar melondeh seluar beliau menunjukkan punggung berkaratnya di atas potret perdana menteri Malaysia di depan orang ramai di dataran Merdeka akibat stim dan terbawa-bawa dengan perhimpunan haram janji demokrasi, beliau juga di tahan polis dan digari.

Bezanya di sini, Ong Sing Yee, model sambilan yang memijak potret PM DS Najib, DAP dengan segera memberikan seorang peguam (Eric Tan) untuk mewakili beliau, diaturkan sidang akhbar mohon maaf di pejabat DAP dan diberi skrip mohon maaf untuk dibaca dalam sidang akhbar mohon maaf beliau itu untuk mengelakkan akibat lebih buruk daripada perbuatan biadapnya itu. (sila rujuk)

Manakala, Ammar yang menunjukkan punggung demi Pakatan dibiarkan terkapai-kapai bersama dengan ibubapanya menanggung malu dan akibat ketelanjurannya, dia dibuang kolej dan PTPTNnya ditarik balik, kedua-dua parti Melayu PAS dan PKR yang selama ini mempergunakan mahasiswa dan mahasiswi, bersikap lepas tangan, tidak menghiraukan beliau menanggung musibah seorang diri.

Kepada mahasiswa dan mahasiswi serta golongan muda semua, jika anda tidak kasihankan diri anda sendiri, kasihanilah ibubapa anda, jangan gadaikan masa depan anda kepada pembangkang, terutama PAS dan PKR, habiskan pelajaran anda dahulu kemudian pergilah tunjuk punggung anda depan Hishamuddin rais pun tak apa.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Tuan,

    kesian juga bila tengok foto ammar ni..teringat arwah anak lelaki sy...tp bila dikenang2kan apa yg dia dah buat tu, rasa meluat campur kesian jugakla...tak tercapai dek akal dia masa tu bahawa dia hanya dijadikan alat...

    kesihankanlah diri kita sebelum kita kesihankan pembangkang krn pembangkang tak pernah kasihankan kita pun! anwar tetap bersenang lenang di atas sana walaupun dia dakwa dia MISKIN!!!!

    ReplyDelete