» » Kenapa Tun pecat Anwar!!??

Undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rencananya yang diterbitkan New Sunday Times hari ini, Dr Mahathir turut menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat mempunyai ikatan dengan Soros atas nama ‘masyarakat sivil’ serta mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan antara satu sama lain.

“Undi kepada pembangkang adalah undi kepada Soros, seorang saudagar mata wang yang kejam.

“Ia pastinya bukan untuk Malaysia dan kepentingannya. Jika terdapat rakyat Malaysia yang mahu dijajah, itu adalah pilihan mereka sendiri.

“Tapi saya yakin rakyat Malaysia pasti tidak mahu diperkudakan oleh orang asing,” kata Dr Mahathir dalam akhbar yang dikawal Umno tersebut.

PM negara yang paling lama menguasai negara tersebut juga mendakwa Soros dikenali sebagai penyumbang dana kepada Open Society Georgia Foundation yang secara langsung mendorong perlantikan sembilan menteri yang disokong oleh spekulator tersebut untuk menjadi ahli dalam kerajaan Georgia ketika ini.

“Jadi mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah NGO di Malaysia.

“Jelas sekali, ia bagi mencapai perubahan rejim, untuk meletakkan calon-calon beliau sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir menambah bahawa Soros tidak pernah menyumbang sebarang wang kepada Yayasan Keamanan Perdana Global yang dikendalikannya.

“Pandangan saya adalah Soros masih seorang spekulator mata wang yang kejam dan menggunakan kejahatan ini dengan wang untuk meletak calon pilihannya memerintah negara yang disasarkan olehnya.

“Dan Malaysia adalah salah satu sasarannya,” kata Dr Mahathir kepada New Sunday Times. - Malaysian Insider

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply