» » Dedah ! Foto Istana Milik Penceramah Pas !




Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak bermain silap mata di hadapan rakyat.

Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang yang biasa-biasa sahaja.

Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.

Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan mewah lebih dari sebuah.

Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.
Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki hamun di dalam ceramah sahaja.

Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?

Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas bagi parlimen Larut pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13).

Kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10, 40000 Shah Alam.

Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.

Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?

Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah? klik sini

SUMBER

About Detektif Conan

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply