» » » Hj. Hadi kata Allah suruh manusia bergaduh?





MENGHARUSKAN PERBALAHAN

KONSEP ISLAM YG. BETUL
Tak boleh berpecah belah sesama Islam walau apa pun alasan. Putus sillaturrahim tak masuk syurga. Derhakakan pemerintah mati jahiliah.

KONSEP YANG DISELEWENG OLEH PAS & BUKTINYA
Haji Hadi kata "Kalau Tuhan tidak menjadikan manusia bergaduh, nescaya muka bumi akan rosak". Ayat 251 surah al-Baqarah diselewengkan maksud dan ayat cerita Nabi Daud a.s. membunuh Jalut menjadi ayat hukum HARUS bergaduh.

~Ucapan Haji Hadi di Bukit Kulim, Marang 24 Sept.,1980

Saya yakin dan percaya tidak ada nas dalam al-Quran yang menghalalkan perbalahan dan permusuhan sesama muslim bahkan dengan manusia seluruhnya.

Saya bawakan ayat ini sebagai bukti saranan Allah yang menyuruh kepada bersatu dan berpadu.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

surah Ali-Imran ayat103.

Sebab Nuzul

Ikrimah berkata: “Ayat ini diturunkan kepada Aus dan Khazraj ketika mereka hampir berperang, kemudian Nabi s.a.w mendamaikan mereka.”

Kepada penyokong tegar kaum PAS. Janganlah kamu kembali kepada jahiliah.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply