Gambar di atas sudah tersebar ke merata media maya. Mat Sabu tak mampu nak jawab dan NIk Aziz terpaksa balik ke rumah mencari kitab untuk mencari kalau-kalau ada hadis atau wahyu yang membenarkan solat cara begini.
Menurut sumber dalaman, mereka diarahkan solat dalam jumlah yang ramai, kononnya nak tunjukkan pada rakyat negara ini bahawa mereka bersolat juga walaupun di Stadium Merdeka. Walaupun ada surau disediakan dalam kawasan Stadium Merdeka dan adanya Masjid yang berdekatan. Pasukan Media pakatan haram mulanya seronok mengambil gambar pelbagai posisi untuk menunjukkan dalam medium masing-masing. Akhirnya mereka terjerat dalam usaha mengencing dan membohongi rakyat Malaysia.
Baca cerita lanjut d SINI
Aakj bekalkan sikit bingkisan hadis dari sahabat FB ;
Menentukan arah Kiblat ketika Mendirikan Solat Di Dalam Kenderaan
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar r.a meriwayatkan, “Rasulullah saw ditanya tentang solat di atas perahu (as-safinah). Baginda saw menjawab, ‘Lakukanlah solat sambil berdiri, kecuali jika takut tenggelam.’ Anas bin Sirin berkata, “Aku pernah pergi bersama Anas bin Malik. Ketika kami sampai di Dajlah, tibalah waktu solat Zohor. Ia mengimami kami sambil duduk di atas permaidani di dalam perahu. Ketika itu perahu sedang bergerak laju membawa kami.”
Imam an-Nawawi berkata, “Jika seseorang itu melaksanakan solat fardu di atas perahu, ia tidak boleh meninggalkan kewajipan berdiri jika ia berkemampuan untuk berdiri sebagaimana ketika ia berada di daratan.
Akan tetapi, jika ia uzur (ada halangan) seperti pening kepala dan sebagainya, maka boleh melakukan solat fardu sambil duduk kerana ia dianggap lemah.
Jika angin bertiup dengan kencang sampai mengubah arah perahu, sehingga wajahnya tidak menghadap kiblat, maka ia hendaklah kembali menghadap kiblat sambil tetap dalam solatnya – iaitu menyempurnakannya dan tidak perlu mengulanginya lagi. Perkara itu berbeza dengan seseorang yang sedang mendirikan solat di darat.
Jika ia mengubah dengan sengaja wajah atau dadanya dari arah kiblat secara paksa, maka batallah solatnya.”
aakj ; stadium merdeka bukan kenderaan hehehe .... klik sini
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: