» » » » Melayu Belum Selamat.

Kedudukan Melayu di bumi Malaysia belum selamat. Benar kini Melayu berdepan cabaran berdepan cabaran besar untuk bertahan sebagai bangsa peribumi. Melayu kini berpecah terutama dalam politik.

Ada puak cuba pertahankan identiti Melayu, ada pihak cuba menjual maruah Melayu. Pihak lain melihat perpecahan ini peluang mendominasi kuasa di Malaysia dan Melayu dilaga-lagakan. Ada puak Melayu melihat pemerintahan BN perlu digulingkan dan sanggup bersekongkol dengan bangsa asing yang nyata amat memusuhi Islam, sanggup pula menuduh puak yang lain kufur dan kafir.

Ramai anak Melayu yang dulu ibu bapanya susah sudah dibantu dan ditolong pemerintah hingga berjaya dalam pelajaran dan kini hidup mewah. Tetapi kini menentang balik pemerintah dengan pelbagai slogan. Budaya apakah ini?

Mereka yang rapuh dengan visi yang berbeza tidak berjaya menyejahterakan bangsa Melayu khasnya dan rakyat Malaysia secara keseluruhan amnya, dan pastinya tiada upaya meletakkan Islam di tempat tinggi.

Jangan rodakkan apa yang sudah dikecapi. Jangan harapkan hujan di langit, air di tempayan dicurahkan. Petir berdentum hujan tak jadi. Itulah gambaran janji parti terbabit kepada rakyat. rakyat harus bezakan siapa berkhidmat untuk rakyat dan siapa pula yang gila kuasa sehingga sanggup menyentuh perkara yang amat sensitif iaitu agama Islam. Ini amat berbahaya kepada majoriti rakyat Malaysia.

sumber: interaktif sinar harian Rabu 30 Januari 2013.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply