» » » Pakatan tidak mudah GUGAT BN.



Saya sebenarnya menyokong penuh kenyataan YAB Datuk Seri Ahmad Said, Meteri Besar Terengganu tersebut.

Ini adalah kerana telah banyak perubahan dan kemudahan yang telah dibuat dan disediakan oleh kerajaan sejak tahun 2008.

Dengan gerak kerja dan corak pentadbiran kerajaan hari ini yang kreatif dan inovatif berslogankan "Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan" kerajaan tanpa menghiraukan kutukan dan kritikan pembangkang terutamanya PAS, demi manfaat rakyat dan masa depan negeri  kerajaan membuat pembangunan berteraskan kepada berkorban hari ini demi kemudahan rakyat di masa depan.

Dengan corak kepimpinan yang berjiwa rakyat, sering turun padang, memahami isi hati dan denyut nadi rakyat memang patutlah YAB MB Terengganu berkata demikian.

Daripada 32 DUN di Terengganu, 8 DUN dikuasai PAS dan daripada 8 parlimen, 2 dikuasai PAS. Apakah sumbangan wakil rakyat dari PAS ini kepada rakyat yang diwakilinya selain daripada  berceramah bermotifkan politik yang langsung tidak membantu memudahkan kehidupan rakyat.

Terlalu banyak kemudahan dan bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyatnya, antaranya ialah, bantuan dana hari raya, bantuan dana remaja, bantuan dana sekolah dan pelbagai lagi bantuan yang disediakan. Agak sukar untuk saya perjelaskan satu persatu.

Apa yang saya yakini ialah kerajaan BN tetap akan menjadi pilihan rakyat pada PRU 13 nanti.

Terima kasih PAS kerana isu Kalimah Allah. Terima kasih kerana isu amanat Haji Hadi. Seandainya perjuangan PAS diredhai oleh Allah, PAS tidak akan tewas ketika PRU ke 11.

Tepuk dada tanyalah iman.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply