» » » PAS: Usah Bermimpi???



“Seminar Nusantara – Islam di Asia Tenggara, Harapan dan Cabaran” yang berlangsung selama 3 hari, telah pun selesai semalam.   Seminar yang dianjurkan oleh Generasi Bestari, MyKmu dan Felda ini adalah kesinambungan dari usaha kerajaan untuk membuka minda umat Islam di Malaysia, khasnya, rantau ini dan seluruh dunia, amnya, dalam mengharungi tekanan dan ‘serangan’ dari berbagai arah, termasuk dari dalam kelompok Islam itu sendiri.

Sebelum ini, Ulama-ulama dalam negeri telah dipertemukan dalam seminar Fiqh Mentaati Pemimpin, dan kemudiannya, Ulama-ulama dari Asia Barat pula dijemput untuk tujuan yang sama.  Kesemua seminar ini mendapat sambutan menggalakkan dan disimpulkan sebagai berjaya menyampaikan mesej penting kepada umat Islam.  

Satu kesepakatan yang jelas di antara semua pembentang dalam Seminar Nusantara ini, dan juga seminar-seminar terdahulu, ialah ilmu, perpaduan dan sikap taat kepada pemerintah adalah pemangkin kepada kekuatan ummah.   Kekurangan ilmu adalah punca utama perpecahan, kelemahan dan seterusnya kejatuhan umat Islam.

Umat Islam yang berilmu akan lebih mudah memahami bahawa perlaksanaan undang-undang Islam bukanlah jaminan kekuatan ummah, malah dengan meletakkannya sebagai ‘keutamaan asas’ seringkali menjadi punca kepada perpecahan, kelemahan dan seterusnya kejatuhan sesebuah kerajaan Islam.   Secara ringkasnya, umat Islam tidak wajar meletakkan Fardu Ain mengatasi Fardu Kifayah tetapi kedua-duanya wajib berjalan seiring tanpa bersikap berat sebelah.

Pembentang kertas bertajuk “Islam di Indochina:  Cabaran dan Harapan Muslim di Myanmar” iaitu Y.Bhg. Tuan Mohd Mohiyuddin b Mohd Sulaiman, Pengkaji Islam di Myanmar, UiTM menyarankan bahawa peranan Yahudi dalam memusnahkan Islam dan umat Islam bukanlah satu imaginasi atau paranoia yang tidak berasas.  Sekali gus membuktikan bahawa pesanan Allah SWT yang disampaikan melalui AlQuran adalah benar dan bahawa AlQuran itu adalah benar.

Bagi memahami apa di sebalik pembersihan etnik Rohingya, Tuan Hj. Mohiyuddin mencadangkan agar kita melihat semula hubungan Yahudi dengan negara tersebut.  Etnik Rohingya Muslim kini tiada tempat untuk dituju kerana telah dinafikan kerakyatan oleh kerajaan negara tersebut.  Mereka telah lama menerima tekanan hebat dari pihak sami Buddha yang tidak senang dengan kehadiran mereka.  Konflik bermula dari satu tuduhan palsu dari pihak Buddha kononnya tiga lelaki Rohingya merogol wanita Buddha.  Walaupun laporan perubatan menafikan wanita tersebut dirogol dan gambar menunjukkan bahawa salah seorang tertuduh mempunyai tattoo, di mana menunjukkan yang beliau bukan seorang Muslim, namun berita ini menjadi panas dalam sekelip mata melalui laman sosial dan media alternatif sehingga tidak terkawal lagi.

Akibat dari situ, masjid-masjid dan rumah orang Islam dibakar dan tindak balas berlaku sehingga akhirnya membawa kepada penghapusan etnik.

Modus Operandi yang sama, iaitu ektremis agama (dalam konteks ini ialah Buddha), perpecahan kerana agama, serta peranan internet yang pantas, terancang dan konsisten mengingatkan kita kepada modus operandi standard bagi sebuah misi ‘penukaran regim’ yang didalangi Yahudi.

Ramai yang tidak tahu mengenai hubungan akrab Myanmar dengan Yahudi yang bermula sejak kemerdekaan kedua-dua negara itu lagi iaitu pada tahun 1948.

Sehingga kini, Myanmar dan Israel telah menyaksikan sekitar 20 orang Duta sebagai wakil ke negara masing-masing.   U Nu adalah Perdana Menteri pertama Myanmar yang membuat kunjungan hormat ke atas David Ben Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pada 1955 dan yang mana menyaksikan lawatan balas dari David pada tahun 1961 yang dirujuk sebagai ‘lawatan rasmi ke luar negara yang terpanjang’ (dua minggu) di mana beliau turut mengkaji agama Buddha.  Antara wakil Israel yang lain yang melawat Myanmar ialah President Yitzhak Ben-Zvi, Menteri Luar Moshe Sharett, Golda Meir, Abba Eban, Moshe Dayan dan Shimon Peres.

Pembangunan sosial di Myanmar dibina berasaskan model Israel seperti dalam konteks kesihatan, pertanian dan lain-lain.  Beribu-ribu pelajar dari Myanmar mendapat latihan di dalam negeri dan biasiswa untuk menyambung pelajaran di Israel.  

 Walaupun begitu, hubungan akrab yang melebihi dari sekadar hubungan diplomatik  di antara kedua-dua negara ini terus terjalin secara ‘bawah tanah’ dengan kedua-dua pihak menafikannya.

 Namun, maklumat risikan yang berjaya diperolehi oleh beberapa pihak, dan didedahkan  oleh beberapa pihak menunjukkan bagaimana kedua-dua negara saling bekerjasama dalam latihan ketenteraan.  Pada tahun 1954, Myanmar melawat Israel untuk satu misi ketenteraan dan mengkaji struktur pertahanan.  Lawatan pada tahun berikutnya pula, Perdana Menteri U Nu telah ‘membawa pulang’ idea untuk membina empat kampung yang dimodelkan mengikut sistem kibbutz Israel iaitu kubu pertahanan diri.  Dari situ lahirlah militia yang bergerak di bawah sistem yang serupa dengan Israel iaitu lengkap dengan tentera wanita, Institut pertahanan dan organisasi perdagangan yang diuruskan olah Tatmadaw sebagai penjana kewangan tambahan ke atas dana rasmi pertahanan negara yang sedia ada.

 Seperti yang dijangka, mengaitkan masalah Rohingya kepada Israel adalah sesuatu yang hampir mustahil.  Namun, apa yang dikatakan oleh Dr. Aye Maung, Ahli Parlimen dan Pengerusi Rakhine Nationalities Development Party di dalam wawancara dengan majalah Venus News Journal pada 14 June 2012 mungkin dapat memberi kita sedikit gambaran di belakang krisis ini, iaitu, “Rakhine (sebuah ibu negeri di mana kekejaman terhadap puak Rohingya berlaku) harus dibina dengan cara bagaimana Israel dibina.  Inilah impian penduduk Rakhine dan mereka ingin menghalau Muslim Rohingya dari situ.”

 Lebih malang bagi kaum Rohingya apabila Aung Suu Kyi, yang diangkat sebagai pejuang hak asasi manusia juga tidak mempunyai  jawapan yang pasti terhadap nasib mereka.  Ketika ditanya oleh seorang pelajar Universiti dari Thailand ketika lawatan Suu Kyi ke Harvard Kennedy School suatu ketika dahulu, Suu Kyi telah tergamam sekejap sebelum memberi satu jawapan yang bersifat umum iaitu pencabulan hak asasi adalah melibatkan kedua-dua belah pihak dan enggan menunjuk sokongan kepada hanya sebelah pihak.  Kerana itu, keikhlasan Suu Kyi juga menjadi persoalan iaitu apakah beliau juga melihat hak asasi itu secara terpilih?

 Melihat dari perkembangan ini, maka apa yang didedahkan di dalam kertaskerja mengenai Myanmar ini wajar menggerakkan umat Islam dari tidur untuk mengambil langkah awal menyediakan diri dengan ilmu dan maklumat agar tidak menjadi mangsa dalam percaturan Yahudi untuk menakluk dunia dan memusnahkan Islam.  

 Jangan sekali-kali kita terpedaya sehingga sanggup berpecah kerana perkara remeh.  Jangan kita meletakkan pendapat sendiri sebagai lebih tinggi dari perpaduan ummah.

 Jika benar kita ingin melihat Islam kuat kembali, hentikanlah bermimpi yang ianya boleh tercapai dengan cara menghukum sesama sendiri atas apa yang kita lihat sebagai kejahilan dan dosanya.   Satu-satunya cara untuk menjadi kuat ialah dengan memastikan setiap dari kita cukup ilmu di dada serta sentiasa mencari maklumat secara lengkap agar tidak mudah dijadikan senjata yang bakal memusnahkan diri sendiri.

 Sesungguhnya, tiada sesiapa yang dapat membantu sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply