Pemimpin PAS pernah meliwat orang Terengganu?- Masihkah Kau Ingat...
Dalam suasana menunggu ketibaan PRU 13, kem pembangkang dilihat semakin ghairah dengan kempen untuk mengambil alih Putrajaya. Pelbagai siri demonstrasi sehingga merosakkan harta benda awam telah diadakan dan yang terkini Himpunan untuk Shamsidar yang diberitakan akan diadakan bermula petang Jumaat 11 Januari 2013.
Mereka berkempen seolah-olah kerajaan Barisan Nasional yang ada hari ini zalim sedangkan hakikat yang sebenar ialah merekalah yang zalim kerana mereka pernah diberikan mandat untuk memerintah dan mentadbir Terengganu pada 1999-2004 yang mana dikenali sebagai zaman kegelapan Terengganu kerana cara mereka amat zalim dalam menangani siu-isu rakyat terutamanya jika yang terbabit adalah mereka yang dianggap sebagai musuh mereka iaitu penyokong BN walaupun kanak-kanak yang masih belum kenal erti apa itu politik.
Imbas kembali bukti kezaliman PAS 1999-2004.
Masih banyak lagi bukti kezaliman PAS sepanjang 4 tahun mereka memerintah Terengganu. pendek kata sepanjang tempoh itu semua kezaliman itu bukan hanya ditujukan kepada para penyokong BN malah juga kepada rakyat yang tiada fahaman politik.
Inikah parti yang kononnya ingin menegakkan Islam.
No comments: