» » » Ustaz Nasharudin Mat Isa Bertaubat Di Gazza?


Photo: Nasarudin Mat Isa iringi YAB PM ke Gaza... Apa akan berlaku selepas Nasarudiin pulang ke Malaysia...???

A : PAS & UMNO bergabung
B : Nasarudin dituduh spy UMNO
C : Nasarudin akan dipecat atas desakan PKR & DAP
D : Nik Ajiz pecat Nasarudin tanpa desakan rakan sekatil DAP & PKR
E : Nasarudin dipulaukan puak PAS

Jawapan lain tulis sendiri... ekekeke...

Dulu dah kecoh pemimpin -pemimpin Pas bila Ustaz Nasharudin Mat Isa menemani PM ke Mekah sempena sidang OIC.

Kini bagaikan ledakan bom beracun, tak nampak, tak berbunyi tapi mampu membunuh manusia dengan merosakkan saraf otak hanya dalam beberapa minit sahaja. Inlah perumpamaan bila MI lihat gambar ini semalam. Ustaz Nasha bersama PM, mengikuti rombongan PM dalam usaha Kerajaan Malaysia untuk membantu mendamaikan Hamas dan Fatah serta meredakan ketegangan antara palestine dan Israel.

Sudah jelas bahawa Ustaz Nasha adalah seorang pemimpin berkaliber. Berjiwa besar dan matang berpolitik secara aman, politik yang membawa kepada kekukuhan walaupun berlainan parti.

Ustaz Nasha juga ulama, walaupun tidak dilabel sebagai kononnya paling alim antara teralim dalam Pas namun Ustaz Nasha mempunyai kelebihan yang tiada pada pemimpin pas yang mengaku alim dan belajar di luar negara.

Ustaz Nasha menggunakan masa beliau belajar dahulu di Timur Tengah bukan sahaja untuk menimba ilmu namun beliau membina jaringan persahabatan yang erat dengan pelajar-pelajar luar negara.

Menurut Ustaz Nasha, Presiden Mesir, Dr Morsi adalah sahabat sekuliah beliau malah ada beberapa tokoh pemimpin Hamas dan Fatah juga teman sekuliah beliau.

Siapa teman sekuliah Nik Aziz ?
Siapa teman sekuliah Hj Hadi ?
Siapa teman sekuliah Anwar ?
Siapa teman sekuliah Mat Sabu ? (sepatutnya MI tak perlu tanya mamat ni)

Kalau dah mengaku belajar di luar negara maka takkan tiada sorang pun kawan, teman atau sahabat yang berjawatan dalam kerajaan di luar sana? Pergi belajar ke pergi habiskan masa kononnya balik nanti orang kampung kata kita belajar di luar negara, walhal tidak lulus pun.

Tahniah dan syabas kepada Ustaz Nasha kerana sanggup bantu Kerajaan BN demi supaya Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang dihormati.

Terima Kasih PM kerana meletakkan kepentingan Keamanan Sejagat melangkaui kepentingan peribadi. MI berkata demikian kerana apa yang Pas tak kata kat PM kita, apa yang Pas tak hina PM dan keluarga PM serta barisan kepimpinan BN. Semuanya PM kita letak ke tepi.

Tahap kesabaran dan kematangan pemimpin UMNO BN terbaik dan terpuji.

sumber: Malaysia Instinct

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply