» » » » BILA ORANG CERDIK JADI BODOH.....PEDAS PEDAS, RAJA BAHRIN KENA LIBAS

“Raja Bahrin dok tahu ... undang-undang ketinggian bangunan dah lama diubah. Dokkan tanah harga berbelas juta ringgit,nak bina bangunan 4 tingkat. "

“Dia dok tahu tapi nok cakap. Bila orang cerdik jadi bodo"
"Kita ada justifikasi kita. Jangan nok wat isu..dok faham tanya..dok kan kerana masuk Pas, jadi hok
kerajaan buat dok betul belaka!!...”

Main dengan abang Mat buleh sakit lah weh.

Di atas ialah petikan kata-kata sinis dan pedas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kepada Dato’ Raja Bahrin yang menentang pembinaan pasar payung yang baru.
Semalam, Raja Bahrin seorang arkitek yang yang terbabit dengan bumbung stadium runtuh itu mengetuai beberapa penyokongnya datang ke pasar payung menghasut dan mengambil tanda tangan peniaga supaya membantah pembinaan pasar kedai payang yang baru oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Dato’ Seri Ahmad berkata kepada media pagi tadi, selepas mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa peniaga Pasar Payang.

Menteri Besar dan para wakil peniaga itu membuat kenyataan bersama menyokong pembinaan semula pasar Kedai Payang yang terkenal itu.

Raja Bahrin sebelum ini mempertikaikan keputusan kerajaan membina bangunan hotel dan apartment yang ketinggian 23 tingkat (hotel lima bintang) dan apartment 340 tingkat berhampiran pasar Kedai Payang itu.

Beliau mendakwa kononnya berlawanan dengan pihak Istana dan peraturan binaan bangunan di sekitar kawasan itu.

Sesuatu yang menarik, MB memberitahu satu jambatan khas akan dibuat menghubungkan pasar payang dengan Bazar Warisan yang berada di kaki Bukit Puteri.

JAM BESAR BERSEJARAH AKAN DIKEMBALIKAN BERHAMPIRAN PASAR PAYANG

Begitu juga katanya, Jam Besar yang menjadi sejarah dan kebanggaan akan diletakkan semula berhampiran pintu masuk ke Pasar Payang yang baru itu nanti.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

2 comments:

  1. Tok Mat , apa kata projek rekabentuk pasar payang yang baru beri ke dia , rasanya Raja bodoh itu akan pusing cakap 380 darjah

    ReplyDelete