» » » BR1M Ibarat Hampas Kelapa - Harakah


Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri.

Itulah perumpamaan yang disimpulkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terhadap beberapa blog propembangkang yang mendakwa Utusan Malaysia telah memutar belit kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jika tiga hari lalu, blog berkenaan mendakwa akhbar ini cuba memfitnah pemimpin itu, tetapi lidah rasmi Pas, Harakah dalam laporan muka depannya hari ini secara jelas melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengibaratkan BR1M sebagai 'hampas kelapa'.


Laporan bertajuk BR1M Ibarat Hampas Kelapa diletakkan di muka depan akhbar tersebut manakala laporan penuh di muka surat tiga menggunakan tajuk BR1M: UMNO anggap rakyat macam ayam.

Tindakan harakah itu merupakan tamparan kepada penyokong Pas yang sebelum ini turut memasukkan rakaman penuh ucapan Menteri Besar Kelantan dalam youtube kononnya untuk menepis fitnah terhadap beliau. klik SINI

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply