» » Di Tahan kerana cuba BERSETUBUH dengan lembu.

Penduduk Parit Sulong gempar dengan kejadian lelaki warga negara Bangladesh cuba melakukan hubungan seks luar tabii dengan lembu, di kebun sawit, dekat sini.
Perbuatan pekerja kilang perabot berusia akhir 30-an itu disedari pemilik lembu itu ketika memeriksa ternakannya, kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu, sebelum bertindak
mengejarnya. Lelaki itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Difahamkan dia pernah melakukan perbuatan yang sama kira-kira enam bulan lalu, tetapi diberi amaran oleh penduduk.
Dalam kejadian terbaru, lelaki itu sedang berusaha menumbangkan lembunya yang berusia setahun itu ke tanah selepas mengikat kedua-dua kaki haiwan berkenaan.
Pengusaha lembu, Sukiman Ab Majid, 54, berkata ketika memeriksa lembunya di ladang sawit berhampiran Perindustrian Sri Sulong, beliau terkejut apabila ternampak kelibat lelaki berkain pelikat dan berbaju kemeja-T cuba menumbangkan lembunya. “Kain pelikat lelaki berkenaan terselak sehingga ke punggung membuat saya syak dia cuba melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan ternakan.
“Saya menyergah lelaki itu sebelum mengejarnya. Selepas menemui lelaki berkenaan yang sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran, saya terus menangkapnya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
-beritaharian klik sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply