» » » Himpunan Lautan Biru BN di Terengganu Gagal???

Marang: Himpunan Lautan Biru Jentera Pilihanraya Dun Pengkalan Berangan di Marang berjaya menghimpunkan hampir 2500 orang jentera utama BN Dun Pengkalan Berangan.
Kerusi N20 Dun Pengkalan Berangan sekarang ini dipegang oleh BN melalui YB Dato' Haji Yahya bin Khatib Mohamad sejak tahun 2004 sehingga sekarang. Pada PRU13 Dato' Haji Yahya menang kerusi N20 dengan majoriti 930 undi.
Himpinam ini berjaya mengumpul hampir 2500 orang yang terdiri daripada jentera BN daripada UMNO, MCA dan Gerakan.
Program  bermula dengan perarakan 50  orang pemuda bermotosikal yang mengiringi rombongan YB Dato' Haji Yahya dari kediamannya sehingga ke Institut Latihan Perindustrian di Bukit Parit, Marang.
Kehadiran jentera pada program kali ini diluar dugaan apa kerusi didalam dewan utama penuh dan ramai yang terpaksa berdiri diluar dewan walaupun hujan lebat.
Semangat para hadirin menjelang pru13 kali ini sukar diungkapkan dengan perkataan.
Lebih menarik apabila program ini diserikan lagi dengan acara selamat tinggal Pas yang menyaksikan 81 orang bekas penyokong Pas sekitar Kg. Bukit Cempedak dan Jerong telah neralih arah menyokong perjuangan Umno/BN.
Kejayaan himpunan peringkat Dun Pengkalan Berangam ini akan diteruskan di tiga lagi dun iaiti Alor Limbat, Bukit Payung dan Rhu Rendang.
Selamat Tinggal PAS. Saksikan gambar-gambar yang sempat lensa dc rakamkan.

About Detektif Conan

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply