» » PKR tambah kerusi di Terengganu?

PKR Terengganu dijangka bertanding di lapan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang berbanding tujuh kerusi pada pilihan raya sebelumnya.

Pertambahan satu kerusi itu dikatakan berlaku di peringkat Dun apabila lima kerusi yang dipertandingkan sebelum ini bertambah kepada enam kerusi, manakala Parlimen masih dikekalkan kepada dua kerusi.

Walaupun keputusan tersebut belum muktamad, Ketua Penerangan PKR Terengganu, Azlan Che Mat turut mendedahkan melalui sumber yang boleh dipercayai, bahawa pertambahan kerusi terbabit melibatkan Dun Bukit Besi.

“Kita difahamkan pertambahan satu kerusi itu adalah di Bukit Besi tetapi kita tidak dapat pastikan maklumat itu sudah melalui perbincangan  muktamad atau sebaliknya.

“Manakala di peringkat Parlimen, PKR mungkin diberikan kerusi Parlimen Dungun dan Kuala Nerus,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pada PRU 2008, calon PKR di Terengganu bertanding dua kerusi Parlimen iaitu di Dungun dan Kemaman serta lima kerusi Dun iaitu Bandar, Seberang Takir, Telemong, Permaisuri dan Kota Putera, namun kesemua calon parti itu tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, ditanya samada PKR mempunyai kekuatan mencukupi untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang, beliau yakin dengan keupayaan parti itu.

“Pertambahan dibuat atas kapasiti politik dan PKR sememangnya boleh membantu Pas mengisi kemenangan. Kita bukan mahu ‘demand’ tetapi mahu melihat hasrat untuk ke Putrajaya tercapai,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berharap jika pertambahan kerusi benar-benar berlaku, kesemua pihak dapat menerimanya dengan terbuka tanpa sebarang bantahan. Terengganu pada Mac tahun lalu turut menyuarakan hasrat untuk bertanding di 14 kerusi melibatkan tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dun pada PRU13.

Hasrat tersebut bagaimanapun dikritik hebat beberapa pimpinan Pas di peringkat negeri antaranya meminta PKR mengukur baju di badan sendiri dan mengatakan parti itu tidak layak mendapatkan jumlah kerusi sebanyak itu di negeri ini.
Klik sini

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply