» » » Akhbar fitnah no 1???

Kenyataan pakatan pembangkang yang melemparkan tuduhan bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara ibarat meludah ke langit kena muka sendiri lantaran daripada sikap mereka yang gemar bersandiwara dan tidak sensitif terhadap sebarang permasalahan yang berlaku, kata Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil
Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

“Oleh kerana terlalu banyak bermain dengan sandiwara maka mereka anggap perkara yang membahayakan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara juga dianggap sebagai satu sandiwara yang mana ia menunjukkan sikap pemimpin pakatan pembangkang sebagai sangat sangat biadap dan tidak serius,” katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, 4 Mac lalu, Naib Presiden PKR Tian Chua telah mengeluarkan kenyataan bahawa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah dan serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

“Istilah sandiwara pada pakatan pembangkang adalah perkara biasa sebagaimana mereka banyak memainkan peranan dalam pelbagai janji-janji yang ditaburkan sebelum ini kepada rakyat khususnya dalam semasa berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu.

“Siapa yang berjanji pada ibu tunggal dan golongan warga emas di Selangor sehinggakan mereka telah membawa tuntutan hingga ke mahkamah? Bukankah ini juga muncul hasil daripada sandiwara pemimpin pembangkang?”

Ujarnya, sepatutnya Tian Chua tuding jari pada kepimpinan tertinggi dalam pakatan pembangkang khususnya pati PKR sendiri yang lebih banyak dimonopoli oleh Penasihat Umumnya berbanding Presiden parti.

“Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan khususnya UMNO sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat.

“Mereka tuduh kerajaan lakukan sandiwara tetapi mengapa mereka tidak bertanya sendiri kepada Ketua Pembangknya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya pakar dalam bersandiwara,” katanya.

Tambah beliau lagi, apabila Anwar membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN/UMNO.

“Macam mana BN/UMNO mahu memanipulasi media asing yang menyiarkan berita berkaitan Anwar sebagaimana sebelum ini sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal (WSJ) sedangkan mereka bukan dikawal oleh BN sebagaimana tuduhan kepada media tempatan yang kononnya dikongkong dan tidak ada kebebasan bersuara.

“Tidak kiralah apa saja yang mereka lakukan sama ada pergaduhan dalam perhimpunan yang dilakukan oleh mereka, sesi ceramahnya diganggu atau pemimpinnya kena tangkap basah pun maka mereka akan tuduh sebagai konspirasi kerajaan walhal kepimpinan sendiri yang melakukan sandiwara.”

Tegas beliau lagi, lihat saja bagaimana pembangkang mentadbir selepas PRU ke-12 lalu dan mereka berani meletakkan atau menamakan macam-macam perkara termasuklah buku jingga dan ekonomi negara melalui pembentangan bajet sedangkan janji-janji yang sudah dibuat tidak dilaksanakan.

“Kabinet bayangan, bajet alternatif, buku jingga dan hudud hanyalah antara bahan propaganda dalam sandiwara pembangkang untuk menarik perhatian rakyat khususnya bagi mengalihkan tunpuan rakyat.

“Rakyat juga tak pernah lupa dengan janji 16 September kononnya kerajaan akan bertukar kepada pakatan pembangkang kerana itu juga adalah sandiwa terbesar mereka.”

Justeru, beliau mengingatkan rakyat keseluruhan agar tidak terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang yang sanggup menyatakan maca-macam janji sedangkan ia bukanlah bersifat realiti. – MediaUMNO

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply