» » Apa kaitan Misuari dengan tragedi pencerobohan?

Setelah membaca berita MPP Online bertajuk ' Nur Misuari mengaku terlibat di Lahad Datu'  telah menarik perhatian saya untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat.
Barangkali masih segar dalam ingatan kita peristiwa Prof. Nur Misuari melancarkan pemberontakan di Selatan Filipina apabila jawatan gabenornya tidak disambung oleh Kerajaan Filipina menyebabkan kematian lebih kurang 500 orng dalam tahun 2001.

Ini kerana audit kerajaan keatas pentadbiran Autonomous Region
Muslim Mindanao(ARMM) penuh dengan korupsi, kronisme dan urustadbir yang teruk. Dana yang banyak dari kerajaan Filipina, OIC dan negara luar banyak masuk kekantungnya sendiri dan kroninya yang majoriti kaum Tausug. Pres. Arroyo sendiri menunjukkan calon lain untuk menggantikannya.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini Misuari adalah pemimpin pemberontak yang handal tetapi pentadbir yang lemah bila diberi kuasa politik. Setelah pemberontakan dengan menggunakan perisai manusia  dipatahkan, beliau lari ke Jampiras, Sandakan, iaitu semasa beliau belum menandatangani final peace agreement 1996 dengan Kerajaan Filipina(GRP).

Ia merupakan perkampungan yang diberikan khas oleh kerajaan kita untuk suaka politik pemimpin/ahli MNLF. Bagaimanapun setelah perjanjian damai tersebut dimeterai, kg. Jampiras telah dineutralisekan.

     Apabila pihak berkuasa Malaysia menangkapnya di Jampiras pada Nov 2001 dan mengekstradisi ke Manila, disitulah bermula dendam Misuari pada kerajaan Malaysia.

Tindakan kita menyebabkan dia terpaksa merengkok dalam penjara Laguna, Manila bertahun-tahun dan hanya pada tahun 2006 baru dibenarkan menjalani tahanan rumah di Makati, Manila atas sebab kesihatan dan beberapa tahun kebelakangan ini baru dibebaskan dengan jamin kerana dianggap tidak lagi  ancaman kepada Filipina.  

Kemarahannya kepada Malaysia diluahkan kepada beberapa pemimpin MNLF yang menjadi jaringan saya semasa bertugas di  Zamboanga dulu.

     Misuari seperti terperangkap bila menandatangani peace agreement 1996 dimana langkah itu sekali gus melemahkan MNLF. sebahagian kecil kombatanny (1 kompeni) diserapkan dalam Philippine National Polis di Zamboanga City, manakala ribuan lagi kombatannya tiada jaminan pekerjaan. Klik SINI

Beliau diberi jawatan gabenor ARMM bagi 5 province majoriti orang Islam. Untuk makluman, sebelum penjajahan Sepanyol dan Amerika, Mindanao adalah majoriti Islam tetapi migrasi penduduk Islam dari Luzon oleh penjajah Sepanyol, Amerika dan disambung oeh Pres. Marcos menyebakan Masyarakat Islam kini tinggal 35% sahaja dan Kristian adalah majoriti.

     Berbalik kepada Misuari semula, dendamnya pada Malaysia bukan rahsia lagi. Oleh itu kita tidak boleh menolak memungkinan terdapat kombatan MNLF dalam tentera Kesultanan Sulu yang cuba menjajah Pantai Timur Sabah kini. Diketahui kurang 1,000 lagi kombatan MNLF masih berpangkalan di Sulu. Nur Misuari, Sultan Jamalul Kiram III dan kombatan MNLF adalah satu kaum iaitu Tausug/Suluk yang dikenali dengan ganas, pendendam dan berani.

      Mengenai Sabah Claim pula, terdapat 9 individu yang menuntut Sabah dan tidak mustahil sampai 13 orang kini. Antaranya Ismail Kiram, Rodinhood Kiram, Sultan Ibrahim Bahjin II, Sultan Mohamad Fuad Abdullah Kiram 1 dan lain-lain.

Mereka sebenarnya bukan bermotif singgahsana kuasa, tetapi tuntutan jutaan ringgit untuk menggugurkan tuntutan. Sebelum ini telah banyak tuntutan ini cuba dikemukakan tetapi pihak kita tida melayannya.

Ini yang menimbulkan kemarahan mereka. Sejarah menunjukkan tidak ada satu pun istana Sultan Sulu dibina di Sabah. Apa yang penting bagi mereka ialah duit dan sebab itu diberi pajak pada East India Company.

      Kalau kita kaji sejarah kesultanan Sulu, ia bermula pada tahun 1450 diasaskan oleh Shariful Hashim Syed Abu Bakar dan Sultan 'berdaulat', terakhir ialah Sultan Jamaul Kiram 1 yang mangkat tahun 1899. Disitulah bermulanya nama Kiram dan kita pun keliru dari mana asal usulnya dan ramai pula yang menuntut.

     Di Filipina institusi kesultanan tidak diiktiraf oleh kerajaan dimana mereka tidak pernah dilayan sebagai VIP. Mereka dihormati oleh pengikut mereka sahaja. Dikepulauan Sulu mungkin seorang Sultan saja, tetapi di Pulau Mindanao setiap mukim ada Sultan dan pernah ada penulis Filipina mengandaikan jika dibaling batu pasti ada yang terkena dikepala Sultan.

     Apakah status tuntutan Fiipina ke atas Sabah kini? Secara rasmi ia belum dIgugurkan cuma disenyapkan sahaja atas semangat setia kawan ASEAN.  Sebelum ini setiap kali dicadangkan di Senat ada saja bantahan dari sebahagian ahlinya menyebabkan ia masih menjadi duri dalam daging hubungan dua hala kedua negara.

Hingga kini kerajaan Filipina tidak menubuhkan konsulat jeneralnya  di Sabah dan pemimpin tertinggi negaranya belum melakukan lawatan ke Sabah meskipun ramai rakyat Filipina mencari rezeki di Negeri Di Bawah Bayu. Jika dilakukan sebaliknya ia dianggap pengiktirafan.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Baru2 ni Harris Salleh mencadangkan Malaysia bayar RM200 juta kpd sultan sulu...dia dah siap2 kira konisyen kut hehe

    ReplyDelete