» » Azab penjara wanita di Syria



Damsyik –  Krisis politik di Syria kini semakin buruk. Kesannya dirasai seluruh rakyat Syria, tidak terkecuali banduan wanita di negara itu yang kini hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Sekeping surat yang ditulis oleh seorang banduan wanita mengenai keadaan menyayat hati di penjara telah didedahkan oleh laman web pembangkang,  Zaman-alwsl.net.
Surat itu mendedahkan mengenai kematian tragis seorang tahanan wanita, Hoda Torki Issa, 50 tahun, pada bulan lepas.
“Dia menghidap pelbagai penyakit. Tidak ada doktor di penjara manakala pengawal penjara tidak membenarkan mangsa dihantar ke hospital, biarpun Hoda sedang sakit tenat, memandangkan dia adalah tahanan politik,’’ dedah surat berkenaan.
Menurut surat berkenaan, seorang pengawal penjara memberitahu, pihaknya tidak akan menghantar satu unit pengawal hanya semata-mata untuk mengiringi seorang tahanan.
Akibatnya, mangsa meninggal dunia di depan rakan-rakannya dan mayatnya masih berada dalam bilik mayat di hospital, manakala anggota keluarganya pula tidak dimaklumkan mengenai kematiannya itu.
Surat itu juga mendedahkan bagaimana tahanan wanita menerima layanan kejam dan mereka terpaksa berdepan dengan kekurangan makanan, dipaksa membeli air serta hidup dalam keadaan gelap gelita kerana tiada elektrik.
Hanya 35 daripada 100 tahanan dibenarkan menerima tetamu, sekali gus membuktikan anggota keluarga tahanan wanita itu tidak mengetahui di mana tahanan tersebut dipenjarakan.
Anak-anak gadis yang dihantar ke sini mempunyai parut kesan siksaan. Ramai tahanan yang meninggal dunia akibat penyakit sementara pengawal penjara hanya mampu memberikan ubat paracetamol sahaja.
Tahanan wanita yang sedang mengandung dan kanak-kanak turut ditahan dan anak mereka tidak diberikan susu formula.
Mereka kini amat berharap agar Presiden Bashar Assad tumbang dengan segera .

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply