» » "Gambar lelaki di samping Christina adalah saya,"-Aeril Zafrel

Aktor Aeril Zafrel mengesahkan desas-desus pembabitannya sebagai pelakon utama dalam sebuah filem Hollywood di samping aktres handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone.


Akhbar Harian Metro melaporkan, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 26, berkata, pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.

"Seorang kenalan saya di London meminta saya menghantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

“Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser,” katanya.


Dalam pada itu, Aeril turut mengakui gambar seorang lelaki di samping Christina adalah dirinya dan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan.

Mengulas lanjut, Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.

“Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi. Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

"Saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan produksi Hollywood selain pelakon besar seperti Christina dan Sharon," katanya.

-mStar

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply