» » Kenapa Anda Selalu Gagal?

Kegagalan adalah sesuatu yang amat memeritkan. Kenapakah anda sentiasa gagal. Adakah anda tidak ingin berjaya. Kejayaan adalah impian bagi setiap orang dan bagi mencapai kejayaan bebebarapa langkah perlu dipatuhi oleh anda.


Amalkan langkah-langkah bagaimana menjadi berjaya di bawah jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya.

Fokus. Tiada kejayaan tanpa formula yang betul. Jadi apakah formulanya untuk berjaya? Formula pertama adalah tumpuan/fokus. Apabila anda melakukan sesuatu kerja maka lakukanlah bersungguh-sungguh dan berikan sepenuh tumpuan kepadanya.

Disiplin. Pastikan anda mempunyai disiplin diri yang kuat. Disiplin diri yang kuat semasa melakukan kerja membolehkan kerja anda menjadi lebih teratur dan sistematik. Sekiranya seseorang itu tiada disiplin maka dia tidak akan berjaya.

Tenaga dan Komitmen. Berikan sepenuh komitmen anda terhadap apa yang ingin anda capai. Seseorang yang sanggup memberi komitmen terbaiknya dan sanggup berkorban masa,harta dan tenaga pasti akan berjaya.

Minat. Tanamkan minat terhadap apa yang anda lakukan. Pastikan anda melakukan sesuatu itu bukan hanya kerana wang dan jadikan wang nombor dua selepas minat. Apabila hanya wang menjadi tujuan anda maka agak sukar anda menerima kenyataan apabila perniagaan/projek anda mengalami kerugian. Jadikan kerja anda sebagai sesuatu perkara yang anda minati dan kejayaan melaksanakannya sebagai satu kepuasan.

Rajin Berusaha, Berusaha, Berusaha dan Berusaha Lagi. Untuk berjaya, kita perlu sentiasa berusaha. Bak kata pepatah “Usaha Adalah Tangga Kejayaan” jadi tidak syak lagi sekiranya kita rajin berusaha maka kejayaan pasti dalam genggaman kita.

Jangan Putus Asa. Kuatkan semangat anda dan jangan mudah berputus asa apabila ditimpa kegagalan. Hidup ini ada masa turun dan naik jadi apabila anda jatuh fikir bahawa anda akan naik semula.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply