» » LAHAD DATU : WAWANCARA DENGAN 2 PERWIRA YANG TERSELAMAT : TABAHKAN HATI KALIAN JIKA INGIN TERUS MEMBACA


Artikel ni admin alih bahasa dr artikel terbitan NST..temuramah dgn anggota VAT69 yg terselamat semasa serangan di Semporna dulu.serius..masa menulis...rasa mual..sakit perut..pilu dan sayu..fans nilaikan sendiri...2 org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013

Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan.

 Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah. beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis.

Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya.

 Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam

" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”

" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.

Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.

Sumber: Anginlautchinaselatan

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply